‘LUCIANO FIGUEROA STAND’ BUKTI JDT MENGHARGAI JASA MEREKA YANG BERBAKTI

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi menempa sejarah dalam arena bola sepak tempatan apabila menamakan satu bahagian tempat duduk penyokong bersempena nama pengurus dan legenda pasukan, Luciano Figueroa.

‘Luciano Figueroa Stand’ yang terletak bertentangan dengan ‘grandstand’ adalah bukti JDT menghargai jasa mereka yang banyak berbakti kepada kelab.

Perkara ini juga mampu dilakukan kerana JDT adalah pemilik Stadium Sultan Ibrahim dan ini memudahkan mereka untuk merancang penamaan kawasan tempat duduk atau mungkin menaikkan tugu legenda pada suatu masa nanti.

Foto: Ezreen Abd Talip

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi kelab-kelab besar di Eropah dan juga di Amerika Latin yang sentiasa menghargai jasa dan bakti bekas pemain atau pengurus mereka yang berstatus legenda.

Siapa tidak kenal dengan Luciano Figueroa. Beliau tiba di JDT pada tahun 2014 dan kerja keras beliau menyaksikan beliau berjaya membantu JDT memenangi pelbagai piala dan yang paling utama adalah watak penting dalam kemenangan JDT merangkul Piala AFC pada 2015.

Luciano yang lebih mesra disapa Lucho, kini adalah legenda kepada JDT dan penghargaan ini adalah hasil usaha beliau yang tidak jemu membantu menaikkan nama JDT bermula dari pemain, menjadi duta kelab dan akhirnya sebagai pengurus pasukan.

 

Perasmian ‘Luciano Figueroa Stand’ telah dilakukan oleh pemilik JDT DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor dan lebih manis ianya turut disaksikan oleh Duta Besar Argentina ke Malaysia, H E Manuel Belaguer Salas.

Acara gilang gemilang ini pasti menjadi sebuah lagi sejarah buat JDT dan tentunya buat Luciano Figueroa.

Kelab ini akan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada orang yang berjasa dan mencipta sejarah kepada kelab,” titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim 

Ini pasti akan menjadi pemangkin kepada para pemain JDT untuk bekerja lebih keras kerana siapa tahu satu hari nanti nama pemain yang lain juga akan diletakkan di kawasan tempat duduk penonton.

Tahniah Luciano Figueroa, tahniah JDT. Sekali lagi anda menjadi peneraju dalam bola sepak tempatan. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply