KURANG RM400 UNTUK AKSI TERBAIK TEMPATAN, ASEAN DAN ASIA, APA LAGI PENYOKONG JDT MAHU?

Tidak masuk akal? Itulah ayat yang terpacul apabila melihat harga pas bermusim yang ditawarkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) buat para penyokong untuk mengharungi musim 2025-26 yang bakal membuka tirainya pada Ogos.

Serendah RM399, para penyokong boleh menyaksikan lima pertandingan menerusi tiga pertandingan domestik ‐ Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, pertandingan Asean, Piala Shopee dan kejohanan terbaik Asia, Liga Juara-Juara AFC Elite di Stadium Sultan Ibrahim.

Dengan harga serendah itu, para penyokong sudah tidak perlu pening memikirkan tentang tiket kerana tempat duduk telah tersedia dan bersedia menikmati maksimum 29 perlawanan di stadium bola sepak terbaik itu.

Dengan purata RM13.75 setiap perlawanan ditambah akses keutamaan untuk membeli tiket perlawanan akhir piala serta pelbagai diskaun yang ditawarkan, ini adalah pakej lengkap yang sememangnya perlu direbut setiap penyokong setia merah biru.

Skuad berkelas dunia, stadium canggih dan cantik, peluang cerah menang setiap perlawanan dan memenangi piala – ini semua ‘flex’ yang dimiliki penyokong JDT jadi apa lagi yang kita mahu hingga masih tertunggu-tunggu untuk membuat keputusan.

Buat penyokong yang ingin memperbaharui pas bermusim, teruskan usaha murni ini kerana tanpa penyokong apalah bola sepak dan selepas melihat apa yang diberikan kepada kita, seharusnya kita tidak boleh terus beralasan.

Penyokong kelab lain mahu apa yang kita dapat, jadi marilah kita teruskan sokongan dengan hadir ke stadium setiap kali kelab kesayangan kita ini bermain kerana mereka sememangnya memerlukan kita berada di belakang mereka.

Melihat kepada usaha pemilik kelab, DYAM Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor dalam memajukan kelab ini, kita perlu segera mendapatkan pas bermusim ini sebagai tanda menjunjung kasih kepada Baginda.

Pejamkan mata dan bayangkan malam-malam gemilang tempatan, malam-malam Elite Asia yang bakal kita ulangi seterusnya menjadi mimpi yang sempurna hingga membuatkan kita tersenyum bangga dengan segala kejayaan yang dicapai.

Musim baharu bakal bermula, sekali lagi kita bermula dari kosong. Lunaskan tanggungjawab kita sebagai pemain ke-12 yang teguh dibelakang kelab. Ayuh semua penyokong, satukan hatimu, tinggikan sorakanmu, demi Johor Darul Ta’zim