KEPENTINGAN FASILITI DAN NAIK TARAF STADIUM DI MALAYSIA

Foto: JOHOR Southern Tigers

KEPENTINGAN FASILITI DAN NAIK TARAF STADIUM DI MALAYSIA

Sumber: Artikel Masharakat BOLA

Stadium bolasepak merupakan suatu entiti yang melambangkan identiti sebuah pasukan bolasepak. Stadium digambarkan seperti rumah kediaman bagi pasukan yang bertanding di sebuah liga di mana-mana negara. Rupa stadium adalah cermin sebuah pasukan .

Di Malaysia, pembangunan stadium-stadium tidak begitu memberangsangkan dan diambil remeh. Persatuan atau organisasi yang bertangunggjawab keatas sesebuah pasukan masih lagi kekurangan dana atau lebih tepat masih lagi belum sedar kepentingan memiliki stadium sendiri.

Stadium yang baik harus mempunyai infra yang mencukupi dan rumput yang sesuai. Lapangan rumput yang rata boleh membuat pemain dapat bermain lebih selesa dengan risiko cedera yang minimal.

“Jenis rumput yang sesuai

Apabila bercerita mengenai rumput yang sesuai dan biasa digunakan, saya bentangkan secara ringkas tentang beberapa rumput yang biasa digunakan bagi padang bolasepak.

Rumput adalah tanaman monokotil yang termasuk dalam famili Poaceae (biasanya disebut Graminae). Bahagian struktur rumput terdiri atas batang, daun dan organ reproduktif, serta bagian bawah yang berupa akar. Daun rumput terbagi menjadi dua yaitu Blade dan Sheath.

Kedua-dua bahagian itu berhubung dengan sebuah jaringan meristem atau jaringan yang menjadi awal dari pertumbuhan sehelai rumput. Berbeza dengan tanaman lain yang memiliki jaringan meristem di bahagian pucuk daun, rumput memiliki jaringan meristem bawah. Inilah yang menyebabkan rumput sangat fleksibel terhadap apabila dipijak . Jaringan meristem yang berada di bawah, membuat rumput akan tumbuh kembali meski terpotong atau rosak.

Secara bentuk arsitektural, rumput memiliki enam jenis. Namun hanya ada 3 jenis rumput yang sesuai untuk dipakai untuk kegunaan permainan bolasepak. Jenis rumput tersebut ialah Zoysia matrella (ZM), Cynodon dactylon (CD) dan Axonopus compressus (AC). Tiga jenis rumput ini memiliki kualiti multifungsi untuk menjadi rumput untuk permainan bolasepak seperti rigiditas (kerapatan), elastisitas (mampu menahan beban, mampu memulihkan diri, dan akar yang kuat) Rumput jenis ZM, atau dikenali sebagai rumput manila adalah jenis rumput yang paling baik untuk digunakan sebagai rumput untuk permainan bolasepak.

kepentingan penjagaan rumput di sesebuah Stadium”

Saliran yang baik adalah kunci kepada permukaan padang, walau bagaimanapun, tidak semua padang mempunyai ‘perparitan yang baik’ atau saliran yang boleh menampung hujan lebat selama tempoh yang berpanjangan. Terlalu banyak air di dalam tanah akan menyebabkan keadaan tanah tidak dapat menerima limpahan air. Bermain di permukaan seperti ini akan merosakkan rumput, dan bakal menyebabkan pengurusan menanggung kos pembaikan yang mahal dan paling ditakuti adalah impak berbahaya seperti kecederaan serius bagi pemain yang beraksi.

Sudah tentu ramai mengatakan penggunaan sistem “SubAir” boleh menarik lebihan air melalui padang ke sistem saliran, sesuatu system yang baik untuk pembinaan stadium utama(jika mampu), tetapi kos ini terlalu mahal untuk ditanggung oleh sesebuah pasukan.

Stadium Larkin antara stadium yang menerima impak dari keadaan cuaca. Walaupun mempunyai system saliran yang baik, masalah becak dan padang bertakung tetap dialami oleh Stadium tersebut baru-baru ini.

Penutup Kanvas adalah jalan yang sesuai”

Penutup Kanvas atau ‘Pitch Cover’ adalah jalan paling sesuai untuk menjaga kualiti padang. Perlindungan kanvas ini berjaya terbukti melindungi padang rumput apabila tiba musim salji atau hujan yang lebat. Bahan kalis air adalah ciri-ciri kanvas yang digunakan. Kanvas akan memastikan padang rumput sentiasa bersedia untuk digunakan bila-bila masa tidak kira cuaca yang mendatang.Di luar Negara, sistem penutup padang jenis ‘frost Cover” paling mustahak untuk melidungi rumput apabila fros dan salji yang boleh membekukan tanah sepenuhnya.

“JDT satu-satunya stadium yang mempunyai Kanvas penutup padang”

Mengambil iktibar dari kejadian takungan air di padang sebelum ini, satu langkah kesedaran yang telah dibuat oleh pengurusan Johor Southern Tigers(JST) semasa tempoh ketiadaan perlawanan di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin . Pihak pengurusan stadium tersebut telah melakukan demonstrasi penggunaan kanvas penutup padang.

Tidak dinyatakan apakah jenis kanvas yang digunakan, namun saya percaya jenis penutup kanvas itu adalah dari jenis “Rain Covers’ yang memberi perlindungan di waktu musim hujan atau tengkujuh.

“Stadium Bukit Jalil harus dilengkapi dengan perlindungan Kanvas penutup padang”

Stadium multifungsi seperti Stadium Nasional Bukit Jalil antara stadium yang perlu mengikut jejak langkah penambahbaikan ini. Telah banyak kos yang telah dikeluarkan untuk pembaikan rumput padang. Stadium Veltins-Arena Stadium Moden Multifungsi Milik Schalke 04 adalah contoh terbaik untuk dicontohi. Stadium ini dilengkapi dengan kanvas berlapis fiberglass teflon yang dapat ditarik, yang boleh dihamparkan di seluruh stadium.

Stadium Veltins-Arena menggunakan teknologi lantai yang dapat dibuka-tutup. Teknologi ini amat sesuai melindungi permukaan padang supaya tidak rosak semasa acara ‘indoor’ seperti konsert dan ceramah parti politik yang sering diadakan disitu. Lantai aula multifungsi yang boleh dibuka dan dipasang ini hanya memerlukan masa yang singkat setiap kali operasi penyeleranggaan.

“kesimpulan dan penutup kata’

Setiap pasukan perlu meningkatkan keupayaan pasukan seiring dengan kemajuan. Tak guna mempunyai kejayaan sejarah lama yang dibanggakan tetapi masih lagi di tahap konvensional dan tidak berubah.

#masharakatbola

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 730
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*