Lebih 13 tahun di bawah era transformasi JDT, satu prinsip tidak pernah berubah di mana menang adalah kewajipan dan ia mesti dilakukan dengan gaya.
Disiplin ini bukan slogan. Ia darah daging.
Tidak mudah dilupa. Tidak akan dipadam.

Ini bukan kali pertama JDT diuji. Pernah ketinggalan, pernah ditekan danpernah hampir ditundukkan namun Winning Mentality kita tidak pernah mati sehingga ke wisel penamat kerana juara sejati tidak rebah ketika tertinggal, mereka bangkit dan menghukum pihak lawan.

Kepada pemain dan penyokong Negeri Sembilan terima kasih atas saingan yang sengit dan bermaruah. Anda membuktikan liga ini masih hidup dan menutup mulut mereka yang mahu sangat melihat liga kita berkubur.
Jumpa lagi!
Foto: Amrul Azuar Mokhtar – HS
