JDT SEMESTINYA ‘A CLASS ABOVE THE REST’

Ketika sedang terpukau melihat pertunjukkan dron dan pancaran bunga api yang menarik, saya terdetik memikirkan adakah pasukan negeri lain mampu untuk melakukan pertunjukkan seperti yang dilakukan JDT.

Bukan berlagak atau mahu meninggi diri tetapi lihatlah sendiri bagaimana sambutan di Dataran Bandaraya semalam. Ini pula bukan julung kali diadakan tetapi sudah kali keenam.

Tidak timbul rasa bosan dari penyokong JDT yang berduyun membanjiri venue semuanya dengan satu tujuan – menyambut wira-wira JDT dan tidak lain dan tidak bukan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Usaha keras TMJ dan seluruh pihak yang terlibat dengan JDT berjaya membuahkan hasil dan jenama JDT dilihat semakin berkembang dan terus harum ke pelusuk dunia.

Jika hendak disenaraikan kelebihan JDT, pastinya artikel ini perlu dibaca sehingga dua hari untuk sampai ke penghujungnya. Tetapi cukuplah saya ‘highlight’ kan beberapa perkara yang membuktikan JDT itu ‘a class above the rest’ hanya melalui sambutan semalam.

Sambutan dengan bunga api yang sering dilakukan kini ditambah pula dengan pertunjukkan dron dan lampu yang memukau. JDT sentiasa menambahbaik persembahan sambutan mereka dan meletakkan piawaian yang cukup tinggi buat pasukan lain.

Perarakan bas dua tingkat juga dilakukan oleh pasukan lain tetapi lihatlah bagaimana sambutan yang diterima apabila orang ramai berkumpul di tepi jalan bersorak sorai dan bukan hanya dua tiga orang penyokong yang terpinga-pinga seperti yang terjadi kepada juara Piala Malaysia 2018.

TMJ pula selaku pemilik pasukan tidak kekok untuk bersama-sama dengan pemain di atas bas walaupun Baginda hadir menggunakan limosin mewah. Tiada protokol, tiada karpet merah dan semuanya dalam suasana santai.

Persembahan artis antarabangsa dan dalam negara menghangatkan lagi malam bersejarah JDT itu. Musik yang ditampilkan sesuai dengan selera anak muda dan kena dengan ‘mood’ sambutan sang juara.

Buat penyokong JDT ingatlah apa yang TMJ katakan. Baginda akan melakukan apa sahaja untuk memastikan senyuman anda semua sentiasa lebar. Jika Baginda boleh bersusah payah mengapa tidak kita.

Teruskan sokongan kepada JDT walau apa pun yang terjadi. Kita menutup musim gemilang 2019 dan kita akan buka buku 2020 dengan stadium baharu yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua.

Luaskan Kuasamu Johor. A

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply