JDT – LEBIH DARIPADA SEBUAH KELAB BOLA SEPAK

 

Keprihatinan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terhadap isu sejagat dan kemanusiaan tidak kira dalam negara atau luar negara sentiasa dititikberatkan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

JDT tidak hanya ingin dikenali sebagai kelab bola sepak sebaliknya mahu masyarakat kenal JDT sebagai sebuah jenama yang melangkaui segala segi. Perkara yang jarang berlaku kepada pasukan bola sepak yang lain.

Sepanjang penubuhan kelab, JDT sering dilihat membantu mana- mana pihak yang memerlukan bantuan tanpa mengira pangkat, darjat, warna kulit mahupun bangsa dan agama. Tindakan ini menjadikan JDT sebuah kelab bola sepak yang seharusnya dicontohi.

Melihat gelagat DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja bersahaja bermain bola sepak menggunakan tongkat sebagai tanda sokongan kepada pasukan Harimau Kudung sudah cukup menggambarkan sisi mulia Baginda.

Dengan hanya satu ciapan di Twitter, Baginda langsung bersetuju menerima mengadap pasukan Harimau Kudung di Pusat Latihan JDT dan bersama- sama para pemain senior JDT meluangkan masa mencuba serta merasai kepayahan mereka yang kurang upaya ini.

 

Baginda juga berbesar hati menderma RM20,000 kepada skuad Harimau Kudung dan memberi kata-kata semangat agar mereka berjaya layak ke Piala Dunia Kudung Tahun 2022.

Selain dari itu, JDT juga dengan kerjasama Liridon Krasniqi telah menyumbangkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Albania yang tidak diketahui oleh dunia. Ini belum lagi dikira dengan bantuan mangsa banjir sekitar negeri Johor serta bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan Asnaf.

Pemain JDT juga sering berkunjung ke hospital dan pusat rawatan kanak-kanak dengan membuat penampilan istimewa bagi menceriakan para pesakit dan kanak-kanak istimewa yang memandang para pemain JDT sebagai idola mereka.

Ketika hari perlawanan pula, JDT sentiasa memberi keutamaan kepada golongan OKU berkerusi roda untuk turut sama merasai kehangatan perlawanan di Stadium Larkin selain peluang berjumpa dan bergambar bersama pemain serta Pemangku Raja.

Mengambil konsep ketenteraan ‘Nobody Left Behind’, JDT akan memastikan nikmat yang mereka perolehi akan dikongsi bersama tanpa mengira anda penyokong pasukan mana pun. Inilah yang dinamakan ‘More Than A Football Club’. Syabas JDT.

Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*