JDT KEKAL TERATAS DI PERSADA LIGA DI PERTENGAHAN MUSIM

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Super musim 2021 apabila kekal mendahului liga pada pertengahan musim.

Selepas tamat 11 perlawanan JDT mengungguli liga dengan 24 mata hasil dari 7 kemenangan, 3 seri dan hanya tewas sekali. Ia menyamai rekod yang dilakar pada musim 2019 dan musim 2020.

Walaupun kelihatan bergelut pada dua perlawanan terakhir, JDT tetap mengekalkan corak permainan berdisiplin cuma tuah dilihat kurang memihak kepada Harimau Selatan apabila banyak percubaan dinafikan tiang dan palang gol.

Buat pasukan lain, seri di tempat lawan dianggap bonus tetapi bukan untuk JDT kerana semua maklum bahawa JDT mempunyai piawaian yang tinggi dan semua pasukan bermati-matian mahu menundukkan JDT.

Dua perlawanan selepas ini bakal menjadi penentu perebutan kejuaraan liga apabila JDT bakal bertandang ke Alor Star dan Pulau Pinang bagi menghadapi dua lagi perlawanan di tempat lawan berturut-turut sebelum liga berehat panjang.

JDT pastinya mahu kembali di landasan kemenangan sebelum berehat kerana ianya akan menjadi motivasi buat para pemain sebelum menumpukan perhatian mereka kepada kejohanan Liga Juara-Juara AFC yang bakal berlangsung secara karnival di Thailand.

Pasukan kejurulatihan pasti sudah mengenalpasti kelemahan yang ada dan mereka tentunya akan memperbaiki pasukan untuk memastikan JDT kembali kepada preatasi biasa mereka.

Buat para penyokong teruskan menyokong pasukan kerana kita bukannya dibawah tetapi masih unggul menerajui liga dan perjalanan liga masih panjang. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply