JDT II MENANG DI PASIR GUDANG DAN TERENGGANU IKAT JDT

Malam ini 2 pasukan Harimau Selatan bertanding di Liga Super dan Liga Perdana.

Keputusan penuh di Terengganu. JDT 2-2 Terengganu. Terengganu mendahului JDT di minit ke 7 melalui jaringan Khairul Izuan. Namun begitu JDT berjaya menyamakan kedudukan di separuh masa kedua melalui Safawi Rashid menerusi sepakan penalti di minit ke 62.

Manakala Diogo berjaya menebus kegagalan beliau menjaringkan penalti di masa pertama apabila menjaringkan gol kedua JDT di minit ke 69.

Sedang JDT boleh menjangkakan 3 mata malam ini, Terengganu tidak mudah menyerah kalah apabila menyamakan kedudukan di penghujung perlawanan di minit ke 90 menerusi jaringan Kamal Azizi.

Foto: Ezreen Abd Talip – www.asiana.my

Manakala di Stadium Pasir Gudang pula, JDTII bergaya menewaskan pasukan Perlis 2-1. Gol-gol JDTII menerusi Bruno Soares dan Nicolas Fernandes. Manakala jaringan tunggal Perlis menerusi jaringan Kevin Osei.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply