BENARLAH ORANG KATA ADA PIALA KALAHKAN JDT

Liga Super Malaysia diwakili oleh 12 pasukan terbaik bertanding merebut kejuaraan. Tetapi apakah perkara yang paling membanggakan pasukan-pasukan yang bertanding ini? Jawapannya mudah iaitu mengalahkan JDT.

Maka benarlah kata orang, memang wujud piala kalahkan JDT. Tahun 2018, pasukan Kuala Lumpur berbangga dengan piala ini dan untuk 2019 kita sudah boleh lihat kegilaan pasukan yang mahukan trofi berprestij ini.

Sebagai contoh, pasukan Terengganu bermain dengan longlai ketika bertemu PKNS dan bermain sangat teruk ketika bertemu Pahang. Namun ianya berubah 360 darjah apabila bertemu JDT.

Ketika bertemu Pahang mereka langsung tidak bermaya untuk membuat serangan tetapi ketika bertemu JDT, mereka menyerang bertubi-tubi sehingga pada minit 94 pun mereka masih memperolehi sepakan penjuru. Hebat bukan.

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Kredit harus diberikan kepada pasukan Terengganu kerana memberikan JDT tentangan yang epik dan JDT juga perlu dipersalahkan apabila bermain buruk dan kelam kabut. Langsung tidak menggambarkan falsafah bola sepak JDT.

Harus diingat apabila menentang JDT, pasukan akan memberikan 200% usaha mereka demi memastikan mereka berjaya menewaskan JDT. Ini adalah falsafah dan DNA dalam setiap pasukan di Malaysia demi mendapatkan ‘bragging rights’ sepanjang musim.

Tetapi perkara inilah yang membuatkan JDT akan terus menjadi juara untuk jangka mada yang panjang. Kerana DNA inilah pasukan JDT akan lebih kuat ekoran tentangan yang hebat diberikan dari lawan dan JDT sedar akan kesungguhan ini.

Namun, ianya buruk untuk Liga Super secara keseluruhan kerana tiada konsistensi dalam pasukan. Memenangi liga adalah seperti maraton yang memerlukan konsistensi dan bukannya seperti larian 100 meter yang mementingkan permulaan yang baik dan kelajuan.

Foto: JOHOR Southern Tigers

 

Kepada JDT, anda tidak layak untuk menang perlawanan kelmarin. Kredit diberikan hanya kepada kekuatan mental anda ketika ketinggalan sahaja. Namun, musim masih awal dan kita perlu sama-sama baiki kelemahan yang ketara iaitu pertahanan.

Dan kepada pasukan lain, ubahlah DNA bola sepak anda. Pastikan anda lebih konsisten dengan memberikan persembahan yang sama setiap minggu dan bukan hanya bermain mati-matian menentang JDT tetapi longlai bertemu pasukan lain.

JDT perlukan lawan yang konsisten bagi memastikan saingan yang lebih menarik kerana bola sepak ini milik semua. Luaskan Kuasamu Johor.

Halim Razali – Senai

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply