‘JALAN KE ACL’ -JDT KEKAL TENANG

ACL 2017 Champion: Urawa Red Diamonds

‘JALAN KE ACL’ – JDT KEKAL TENANG

Adakah tahun 2018 ini adalah tahun malang buat JDT? Ya. Pening kepala dibuatnya bila kita sebagai penyokong ikuti rentetan drama dari awal musim hinggalah sekarang. Bohonglah kita kalau kita tiada perasaan ‘no problemlah’ tahun ni kita nak kalahkan team lain kalau kita lihat line-up pasukan pra musim JDT. Tetapi bolasepak itu bulat dan nampaknya JDT alami kecederaan ‘fizikal’ dan ‘moral’ sepanjang musim ini. Tetapi alhamdulillah sekarang  kita 90% melangkah kaki ke ACL lah!

Kenapa Asian Championship League penting bagi JDT?

Mari kita lihat hadiah wang kemenangan kepada setiap pasukan bertanding di ACL 2018 (tahun ini):

1. Peringkat Kumpulan: Menang – USD50,000 (RM200,000) Seri – USD10,000 (RM50,000)
2. 16 Pasukan Terbaik: USD100,000 (RM500,000)
3. Suku Akhir: USD150,000 (RM600,000)
4. Separuh Akhir: USD250,000 (RM1,000,000)
5. Akhir: Juara – USD4,000,000 (RM20,000,000) Naib Juara – USD2,000,000 (RM10,000,000)

*Juara ACL bakal bertanding di FIFA Club World Cup Championship

Bagaimana pula dengan Penaja-Penaja Rasmi ACL bagi tahun 2018:

1. Abu Dhabi Airport
2. Fly Emirates
3. Nike
4. Nikon
5. Panasonic
6. Pepsi
7. QNB Group
8. Qatar Petroleum
9. SDLG (Shandong Lingong Construction Machinery Co Ltd)
10. Tsingtao (Tsingtao Brewery)
11. Asahi
12. Seiko
13. Yanmar
14. Yanmar
15. World Sport Group
16. PES (Pro Evolution Soccer)

Cuba bayangkan betapa besarnya ruang publisiti buat JDT Ini adalah satu ‘rezeki’ buat stadium baru JDT, Stadium Sultan Ibrahim Larkin dikenali di peringkat rantau bolasepak Asia seperti Asia Barat, Australia, Jepun, dan banyak lagi di tahun pertama kelahiran stadium baru ini.

Namun begitu ini semua baru 40-50% projek JDT yang masih dalam perancangan DYAM Tunku Mahkota Johor. Projek jangka panjang yang dirancang untuk bolasepak JDT dan negeri Johor secara total. Semua pihak kena main peranan. Dari pihak pengurusan, pemain, kerajaan Negeri Johor dan yang paling penting penyokong-penyokong setia JDT. Bolasepak adalah medium untuk kita ‘berperang’ meletakkan Negeri Johor di pentas dunia.

Kerajaan Negeri boleh memainkan peranan lebih besar kali ini

Jika bukan kita sendiri siapa lagi. Kerajaan Negeri juga perlu memainkan peranan lebih aktif di dalam membantu memartabatkan bolasepak Johor. Produk-produk pelancongan perlu digunakan sebaiknya apabila JDT sudah mula mengorak langkah lebih besar ke benua Asia. Prasarana-prasarana di sekitar stadium baharu perlu dipertingkatkan. Agensi-Agensi pelancongan tempatan perlu bekerja keras untuk menarik dan memberi gula-gula kepada pelancong-pelancong bolasepak ini. Mungkin agensi-agensi pelancongan sudah boleh bergerak mempromosikan pasukan JDT dan lokasi strategik pelancong di Johor.

Kepada penyokong-penyokong setia JDT tidak minta lebih. Cuma perlu teruskan datang ke stadium. Penuhkan setiap ruang untuk memberi semangat kepada pemain di samping memberi visual yang cantik kepada penaja-penaja utama JDT nanti.

Luaskan Kuasamu Johor

Pulau Rawa, Johor

 

“Cuba bayangkan pasukan-pasukan dan penyokong-penyokong bolasepak dari benua Asia seperti Jepun, Benua Arab, Australia datang bertanding di Larkin nanti. Bukan selalu kita berpeluang sebegini. Kita mungkin akan cuba memberi saingan kepada mereka tetapi yang penting publisiti dan ruang pendedahan negeri Johor terima nanti.” – DYAM Tunku Mahkota Johor

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 2.8K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*