100 HARI SELEPAS TMJ MENGUNDUR DIRI – APA KHABAR BOLASEPAK MALAYSIA?

100 HARI SELEPAS TMJ MENGUNDUR DIRI, APA KHABAR BOLASEPAK MALAYSIA?

Sumber Artikel: Page Masharakat BOLA

25 Mac 2018, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pada tarikh tersebut, TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menunjukkan surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru.
Sepanjang tempoh berkhidmat, TMJ dikelilingi oleh sekelompok golongan yang mengawal Media massa dan tabloid dan menjadikam medium itu sebagai pengantara dan watak penting dalam menyerapkan rasa benci dan pandangan negatif.

Kebencian mereka ke atas segala usaha FAM dilihat lebih terarah kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, sehingga mengakibatkan kepimpinan barisan baru FAM turut di kritik teruk. Apabila Tunku melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM, perkara ini seakan satu kejayaan kepada mereka.

“Kehilangan permata berkilau”

Realitinya, Malaysia amat kerugian apabila Tunku mengundurkan diri. Bolasepak tanah air dilihat berada didalam landasan yang betul dan kelihat lebih teratur. Namun akibat kesombongan segelintir peminat bolasepak tanah air, perkara ini tidak dapat diteruskan dan direalisasikan.

Sewaktu TMJ berada di dalam FAM, beberapa perkara yang sempat baginda laksanakan dan dapat dinikmati oleh setiap pasukan yang bertanding. Antaranya ialah setiap pasukan di Liga Super Malaysia akan menerima dana sejumlah RM3 juta dan RM1 juta bagi setiap pasukan di Liga Premier Malaysia. Dana ini adalah hasil daripada perjanjian termahal dalam sejarah bola sepak Malaysia. Dana ini dapat menyelamatkan pasukan yang bermasalah seperti Kelantan untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam Liga super 2018.

Tidak dilupa juga, sebelum Liga Malaysia membuka tirai pada musim 2018, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) telah berkolaborasi bagi menaja Liga Malaysia dengan perjanjian yang bernilai RM480 juta bagi tempoh 8 tahun.FMLLP juga telah menandatangani perjanjian Kerjasama Ekslusif diantara FMLLP dan Iflix dengan nilai perjanjian bernilai minima RM100 juta selama 10 tahun untuk diedarkan kepada pasukan bertanding. Jumlah penajaan akan meningkat seiring dengan peningkatan subscribers Iflix. Dengan kerjasama ini kesemua perlawanan bola sepak Liga Malaysia boleh disaksikan secara langsung di atas talian.

“Perbezaan antara kepentingan politik dan keikhlasan penambahbaikan taraf bolasepak Tanahair”

Bola sepak dan Politik tidak boleh dicampur adukkan. Namun sejak TMJ berada di tampuk tertinggi di Badan Induk Negara dan menyingkirkan serta menyahaktifkan dakyah-dakyah politik dalam FAM, berbagai individu muncul dan lantang menyuarakan pendapat. Imbas kembali, pernah seorang ahli politik veteran dari Sabah yang tidak mengenal sukan bolasepak juga berani dan lantang menegur, kritikan yang dibuat seolah-olah memperlekehkan usaha-usaha yang dilakukan oleh TMJ.

“Badut Yang Hilang”

Di waktu itu, muncul beberapa individu dikalangan pemain era emas dan berstatus lagenda seperti Khalid Ali dan Dato Jamal yang saban hari mendapat liputan besar di akhbar-akhbar tanah air. Lontaran idea yang kononnya ikhlas menjadi modal cerita di muka penting bahagian sukan. Setelah TMJ meletakkan jawatan, semua individu ini seaakan hilang dari radar.

“ Hari ini kahwin takkanlah besok dapat anak?”

Itu antara ayat yang begitu popular dan sinonim di waktu kerajaan Malaysia Baharu ini. Ini adalah contoh minda rakyat Malaysia berada didalam kitaran yang positif. Namun begitu pelik kenapa ungkapan ini tidak digunakan semasa TMJ memegang tampuk kerusi Presiden FAM. Ultas Malaya (UM09) juga kelihatan hilang identiti sebagai penyokong tegar dan setia apabila ada gerak langkah yang “membangsatkan FAM” di waktu itu.

Kata-kata akhir Tunku semasa saat-saat melepaskan jawatan tersebut adalah,

“SAYA ibarat seekor harimau yang tidak patut berkhidmat untuk kambing biri-biri, Harimau dan kambing biri-biri tidak boleh duduk bersama. Harimau boleh berkhidmat dengan harimau sahaja,” DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Akhirnya, atas segala apa yang terjadi masa kini, bolasepak Malaysia kelihatan suram, laman rasmi FAM yang dahulunya mampu mencapai beribu-ribu ‘likers’ dan ‘pengkritik tetap’ setiap posting kelihatan hambar dan tidak bermaya setelah ketiadaan TMJ. Jelas, DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa menjadi pencetus populariti nombor satu dalam inovasi kemeriahan bola sepak Tanah air. Tanpa usaha DYAM Tunku Mahkota Johor dan ketiadaan JDT di liga Malaysia, liga tanah air bakal menjadi seperti ‘ Hidup Segan Mati pun tak mahu!’

Saya akhiri penulisan yang setelah sekian lama tidak dapat saya tuliskan dengan satu ungkapan,

‘100 HARI? APA KHABAR BOLASEPAK MALAYSIA”

#masharakatbola

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply