IMPIAN PENYOKONG SAKSIKAN PERAYAAN BUNGA API BERGANDA JDT & JDTII

Ketika artikel ini ditulis liga bolasepak Malaysia sudah pun memasuki pusingan kedua. JDT dan JDTII masih berada di tangga teratas Liga Super dan Liga Perdana.

Ketika artikel ini ditulis juga, JDT bakal menghadapi perlawanan klasik menentang seteru utama Pahang di Larkin. Jika Harimau Selatan berjaya menewaskan Sang Gajah di Larkin jarak mata bakal melebar ke 8 mata.

JDTII pula bakal menerima kunjungan Pulau Pinang di Stadium Pasir Gudang malam Sabtu ini. Kedudukan JDTII dan UITM di tangga kedua hanya berbeza 2 mata. Konsentrasi dan disiplin ke atas anak buah Ervin Boban pasti menjadi taruhan kali ini. Perlu mengambil setiap peluang di halaman sendiri.

Sokongan padu penyokong ditagih di Larkin dan Pasir Gudang..”

Peranan pemain ke 12 amat besar di dalam setiap perlawanan. Mungkin kali ini adalah tahun Harimau Selatan untuk membina sekali lagi sejarah. JDT & JDTII bakal bermain di stadium baharu. JDT ke Stadium Sultan Ibrahim dan JDTII bakal menjadikan Stadium Larkin rumah baharu pasukan.

Foto: Ezreen Abd Talip

Pujian harus diberikan kepada pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor di atas inspirasi dan idealis luar garisan baginda serta barisan kejurulatihan pasukan diketuai Benjamin Mora dan Ervin Boban di atas disiplin memimpin pasukan dalam setiap perlawanan.

Peluang JDT di ACL tampak nipis tetapi tiada yang mustahil. Lihat sahaja di 2015 di mana tiada siapa menaruh harapan kelab kerdil di Malaysia untuk menjuarai AFC 2015 tetapi kita telah berjaya buktikan atas berkat doa dan rezeki mungkin.

Jika JDT tidak berjaya ke pusingan berikutnya tidak mengapa kerana JDT sudah pun berjaya membuka mata dunia bolasepak Asia dan dunia bahawa mereka perlu berhati-hati dengan JDT yang bakal datang lebih garang tahun depan.

Kepada semua penyokong teruskan berdoa dan positif. Mungkin kita bakal saksikan perarakan bas pemain JDTII dari Pasir Gudang ke Dataran Bandaraya nanti.

Luaskan Kuasamu Johor!

Every success story start with a dream.. “

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*