HARISS HARUN JENTERA PADANG JDT YANG TENANG

 

Diawal penglibatan Harris Harun bersama JDT ramai yang mempersoalkan kredibiliti beliau dan mengapa TMJ begitu berminat dengan corak permainan beliau. Kini setelah 5 tahun penyokong perlu sedar betapa Harris Harun adalah tulang belakang sebenar JDT.

Pemain asal Singapura ini kini dilantik menjadi kapten JDT menggantikan pemain kesayangan ramai, Safiq Rahim. Tindakan ini juga menaikkan kening penyokong JDT pada awalnya tetapi setiap jurulatih pasti tahu kenapa lilitan lengan itu milik Harris.

Tanpa Harris, barisan benteng JDT lebih mudah bocor dan kurang stabil. Kehadiran beliau melindungi benteng berempat dilihat banyak membantu JDT mematahkan serangan lawan sedari kawasan tengah.

Posisi pemain tengah bertahan atau ‘Defensive Midfielder’ bukanlah posisi yang popular dalam bola sepak. Malah ramai lagi penyokong yang tidak faham fungsi DM ini hingga mengutuk Hariss tanpa menyedari diri mereka yang kurang ilmu sebenarnya.

Tugas DM adalah menstabilkan permainan dan melindungi pertahanan dari diceroboh. Anda janganlah impikan Hariss Harun membuat hantaran maut ke hadapan kerana itu adalah tugas ‘Attacking Midfielder’. Di JDT tugas ini disandang oleh Leandro Velazquez dan Nazmi Faiz Mansor.

Berdasarkan komen yang marah kerana Hariss banyak memegang bola dari menolak kepada penyerang jelas menunjukkan anda masih tidak tahu fungsi DM dan AM. Yang anda tahu kerja ‘midfield’ adalah membuat hantaran kepada penyerang sahaja. Kelakar. Belajar lagi tentang bola sepak.

Hariss bukan sahaja cemerlang sebagai DM malah beliau juga boleh menggalas tugas bek tengah yang seringkali beliau lakukan ketika JDT membuat pertukaran taktikal. Perkara yang bukan mudah untuk dilakukan oleh seseorang pemain.

 

Beliau kini dilabel antara pemain tengah terbaik Asia Tenggara kerana selain bermain baik beliau juga tenang mengawal emosi dan terjahan yang dilakukan adalah ‘professional foul’ yang tidak mengundang kad kuning.

Seperti pemain keturunan Melayu Singapura yang lain, Hariss fasih berbahasa Inggeris dan ini memudahkan tugas kelab ketika sidang media kejohanan antarabangsa dengan jawapan yang tepat dan padat dapat diberikan dari kapten pasukan kepada wartawan yang bertugas.

Tahniah kepada Hariss Harun. Anda adalah pemain bola sepak moden yang lengkap. Anda mempunyai mental yang kuat dan persembahan anda tidak pernah mengecewakan. Anda juga adalah seorang kapten yang disenangi oleh rakan sepasukan. Majulah dan Luaskan Kuasamu Johor.

Abu Samah, Punggol Singapura

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.1K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*