DOKUMENTARI KHAS JDT BAKAL DILANCARKAN -FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers (5 Episod)

FEARLESS menampilkan rakaman yang belum pernah dilihat mengenai bagaimana Harimau Selatan menjadi sebuah empayar, perjuangan yang ditempuhi juga kejayaan, serta bagaimana kelab ini diuruskan di belakang tatapan umum dan iltizam kami yang ingin mencapai kejayaan, sama ada di dalam mahupun luar padang” DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Dokumentari khas ini telah dirakamkan ketika musim bolasepak 2019/20 untuk memaparkan bagaimana JDT membina legasinya di dalam dunia bolasepak serta cabaran-cabaran yang dihadapi setiap pemain serta pegawai di dalam dan luar padang.

Siri dokumentari khas ini bakal menyajikan kepada penonton satu epik perjalanan bagaimana JDT mencipta sejarah dan kejayaan demi kejayaan.

Adalah menjadi satu kebanggaan buat kelab kerdil seperti JDT ini apabila dokumentari 5 episod ini mendapat hak penjualan antarabangsa untuk dipasarkan ke seluruh rantau Asia malah menyasarkankan untuk pasaran ke seluruh dunia.

Sesetengah pihak memandang rendah impian kami tetapi dalam siri eksklusif di sebalik tabir ini menunjukkan projek bola sepak di Johor – Johor Darul Ta’zim FC – tentang bagaimana ia terbentuk dan menjadi kuasa besar yang perlu diberi perhatian. –  DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

 

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*