CEO MFL JELASKAN KENAPA DAN MENGAPA JDT MUNCUL KELAB YANG BERJAYA

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Stuart Ramalingam memberikan penjelasan kenapa dan sebab-sebab mengapa JDT boleh berjaya dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) baru-baru ini.

Beliau berkata begitu menerusi sebuah podcast The Bola Bola Show yang membincangkan tentang isu dan perkembangan bola sepak tanah air. Beliau juga memuji peranan JDT dalam membantu perkembangan liga.

Beliau memberi contoh antara sebab JDT berjaya adalah kerana JDT tidak sering menukar pemain antarabangsa dan pemain-pemain ini pula dipilih secara tepat malah mereka juga tidak mahu berhijrah dan terus kekal dengan JDT.

Kejayaan JDT dalam ACL juga bukan datang dengan sekelip mata tetapi hasil dari pengalaman beberapa tahun bertanding di peringkat tertinggi kelab Asia itu.

JDT tewas berulang kali pada awalnya tetapi mereka tidak pernah malu malah belajar dari kekalahan itu sehingga mereka mencapai tahap seperti yang mereka perolehi kini.

Sikap seperti inilah yang kita perlukan dalam setiap kelab yang bertanding kerana dengan sikap sebegini kelab tahu untuk berbelanja mengikut kemampuan dan berdasarkan apa yang telah disasarkan.

Stuart turut menambah bahawa aksi yang ditunjukkan oleh JDT di dalam padang adalah hasil dari kestabilan kelab itu di luar padang. JDT membelanjakan duit di tempat yang betul dengan individu yang tepat dan akhirnya mereka mendapat hasilnya.

Ini membuktikan duit bukanlah segala-galanya tetapi cara ianya dibelanjakan itu yang gagal dilihat oleh para penyokong dan juga mereka yang menguruskan bola sepak di negara ini.

Pelaburan JDT membina pusat rehabilisasi turut mendapat pujian Stuart yang mengatakan tempoh pemain yang cedera untuk cergas semula lebih pendek dan pemain itu menjadi lebih baik dari keadaannya sebelum mengalami kecederaan.

Stuart juga turut berbangga dengan kejayaan JDT di ACL kerana secara tidak langsung ia menunjukkan kemajuan liga ini dan berharap agar pasukan lain dapat menjadikan JDT sebagai contoh terbaik. Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •