BINTANG MUDA ASET MASA DEPAN JOHOR DARUL TA’ZIM

Belum pernah mana-mana pasukan di Malaysia yang mempercayai bakat-bakat baru untuk diletakkan di dalam skuad utama baik dalam liga domestik mahupun di peringkat antarabangsa.

Berbeza pula dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menaruh kepercayaan kepada bintang muda untuk beraksi di pentas tertinggi kelab Asia, Liga Juara-Juara AFC (ACL).

7 bintang muda bawah 25 tahun diberikan kepercayaan ketika JDT memberikan persembahan yang mantap untuk menyaingi juara bertahan ACL, Kashima Antlers walaupun tewas tipis 2-1.

Adam Nor Azlin, Afiq Fazail, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid diletakkan sebagai kesebelasan utama manakala Akhyar Rashid, Syamer Kutty Abba dan Nazmi Faiz Mansor dibawa masuk untuk menambah sengat serangan JDT.

Bintang-bintang muda ini diberi pendedahan di peringkat tertinggi Asia sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk memasarkan diri kepada pencari bakat dari seluruh Asia.

Sebagai contoh, aksi tenang dan tangkas Adam Nor Azlin dan percubaan bahaya Akhyar Rashid disaksikan sendiri oleh legenda bola sepak Brazil, Zico yang bertindak sebagai Pengarah Teknikal Kashima Antlers.

Inilah perkara yang menjadi daya tarikan buat pemain bola sepak negara untuk berkhidmat bersama JDT. Bukan hanya memperolehi kejayaan luar padang tetapi peluang beraksi di Asia bersama kelab terkemuka menjadi idaman setiap pemain profesional. Ini akan menambah pengalaman mereka dan secara tidak langsung boleh membantu skuad kebangsaan.

JDT bukan hanya membeli bintang tetapi melahirkan juga bintang muda. Akademi JDT sudah mula menunjukkan hasilnya apabila skuad B12, B13 dan B15 menjuarai kejohanan yang mereka sertai.

Bintang-bintang muda inilah yang bakal menjadi aset dan masa depan buat JDT. Dengan hala tuju yang jelas tetap ditetapkan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor, tidak mustahil projek jangka panjang JDT akan memberi lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 4.7K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*