APA JADI DENGAN STADIUM SULTAN IBRAHIM

Perasaan tertanya-ternyata penyokong ketika hadir menyokong di Stadium Sultan Ibrahim tempohari pasti teruja dan sama seperti di awal perasmian stadium ini dahulu.

Masih ok tak? Tempat duduk penyokong masih ok tak? Tandas terjaga tak? Landskap sekeliling terpelihara tak?

Apabila menjejaki sahaja kaki ke ruang penyokong, Wow! Ianya masih terpelihara, masih cantik malah boleh dikatakan bertambah indah. Bolehlah dikatakan Stadium Sultan Ibrahim kini sudah nampak semakin matang apabila keadaan fasiliti di dalam dan landskap kehijauan diluar yang hampir sempurna.

Siapa sangka walaupun Stadium Sultan Ibrahim ini telah ‘berehat’ selama lebih setahun daripada kehadiran penyokong, disiplin dan penyelengaraan berterusan daripada pihak stadium amat terbaik.

Ruang legar penyokong di semua bahagian kelihatan bersih dengan lantai yang berkilat dan tidak berhabuk. Tandas dalam keadaan terbaik. Ruang solat yang sentiasa terpelihara. Boleh dibayangkan kelak apabila semuanya sudah penuh dengan kedai-kedai jualan ianya pasti akan lebih mengagumkan.

Penonton yang hadir tempohari pasti tersenyum melihat suasana di dalam stadium. Kagum dengan penambahan lampu LED board baharu yang terpasang di tingkat atas menampakkan stadium ini seperti stadium bolasepak di luar negara.

Untuk mengawal selia stadium kebanggaan penyokong JDT yang bernilai lebih 200 juta ini bukanlah kerja mudah. Tanpa idea dan kawal selia secara terperinci sendiri daripada pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim ianya pasti tidak dapat dilaksana dan dikekalkan. Sikap ambil tahu baginda dalam segala hal dalam membina empayar JDT telah berjaya memastikan semuanya dalam keadaan terbaik.

Sekarang ianya terpulang kepada penyokong-penyokong JDT sendiri untuk memastikan stadium kebanggaan ini terus terpelihara. Apabila Covid 19 ini berakhir dan penyokong boleh hadir seperti biasa, disiplin dan sikap tanggungjawab daripada semua ditagih.

Yang paling utama kehadiran penuh penyokong ke stadium untuk memberi semangat dan sokongan kepada pemain amatlah perlu daripada semua.

Luaskan Kuasamu Johor!

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply