“AMIN TAK KISAH PUN – DEMI JDT!”

Pengorbanan daripada salah seorang penyokong tulen JDT yang penulis ingin kongsikan kali ini. Kami sempat menemubual insan ini malam tadi.

Jika anda pembeli tiket bermusim terbuka di Stadium Larkin, pasti anda pernah terserempak dengan anak muda ini. Saudara Amin Azree Bin Azman,  berumur 20 tahun tinggal di Taman Pelangi Indah JB. Amin adalah seorang pemuda menghidapi Penyakit Tulang Rapuh sejak lahir dan dikategorikan sebagai OKU.

Pemegang 3 tahun tiket bermusim (tempat duduk terbuka) ini tidak pernah kesal dan tidak pernah mengeluh untuk hadir ke stadium.

 

Pengorbanan Encik Azman bin Atan, ayah beliau yang sanggup mendukung Amin bersama dengan ‘baby stroller’ dari bawah hingga tempat duduk tingkat paling atas patut dipuji. Sepanjang perlawanan si bapa akan memangku anak kesayangan ini hingga habis perlawanan. Segalanya demi menunaikan keinginan anak istimewa ini.

 

 

Apabila ditanya kenapa Amin sanggup tetap hadir ke Stadium Larkin. Jawapannya mudah. Segalanya Demi Johor. Demi JDT. Kagum dengan pembaharuan dan transformasi yang dibawa oleh DYAM Tunku Mahkota Johor sejak dulu lagi. Nak rasa sendiri suasana aura penyokong yang hadir setiap kali perlawanan berlangsung. Ingin berada di dalam sorakan penyokong.

 

 

Harapan dan Impian pemuda ini untuk JDT adalah mahu melihat JDT menang lagi Liga Super tahun ini dan mahu JDT layak ke Kejuaraan ACL tahun depan.

Di akhir perbualan kami, biarpun tidak meletak harapan tinggi namun beliau amat bersyukur sekiranya beliau dapat bertemu dengan DYAM Tunku Mahkota Johor secara individu….

 

“Winners Never Quit, Quitters Never Win..”

 

ALAH BISA TEGAL BIASA

(Kredit: Obey Alias & Foto: Ezreen B Abd Talip)
  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply