#theTMJeffect BUKTI TMJ MAMPU UBAH SENARIO BOLA SEPAK NEGARA

Detik bersejarah pelancaran padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya berlaku apabila ianya dirasmikan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada Khamis sekaligus menyaksikan stadium terbesar negara itu kini mempunyai rumput yang berkualiti.

Sebelum ini, teruk padang di Stadium Nasional itu dikritik oleh banyak pihak kerana berada dalam keadaan yang tidak memuaskan untuk permainan bola sepak moden namun tidak ada seorang pun individu penting dalam negara yang mampu menyelesaikan masalah ini.

Hinggalah muncul seorang individu yang mempunyai visi luar biasa yang bukan hanya menaikkan taraf kelab miliknya, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tetapi juga membantu skuad Harimau Malaya untuk mempunyai fasiliti yang bertaraf antarabangsa sesuai dengan imej stadium yang gah di mata dunia itu. #theTMJeffect.

Kadang kala terfikir mengapa tidak ada individu sebelum ini yang mampu untuk melakukan tugas ini. Kurang dari setahun sahaja diperlukan TMJ untuk mengubah keadaan padang yang sudah lama bermasalah dan memalukan negara. Ini lah yang dinamakan #theTMJeffect.

TMJ bukan sahaja merevolusikan bola sepak negeri Johor tetapi juga bola sepak Malaysia dan kini jika dilihat kesemua persatuan sukan tanah air mahu TMJ masuk campur dalam urusan persatuan mereka kerana tahu #theTMJeffect mahu membawa perubahan besar.

Adakah semua perkara dan perubahan perlu mendapat sentuhan Midas dari TMJ. Mengapa tidak orang lain. Jawapannya hanya satu. Keikhlasan tanpa mengharap balasan demi kemajuan semua. Inilah konsep sebenar #theTMJeffect.

Mungkin ramai yang skeptikal terhadap TMJ sebelum ini sudah mula berasa malu kerana Baginda sememangnya ‘walk the talk’ dan bukannya sembang yang sering menjadi latar orang-orang berkepentingan dalam negara. #theTMJeffect

Tahniah TMJ kerana berjaya mengubah lanskap sukan tempatan dengan #theTMJeffect dan Tunku sebenarnya boleh bertanya dengan bangganya kepada semua #whatcanyoudo namun kita tahu itu bukan peribadi Baginda.