‘REPORT CARD’ JDT

 

“Hold the vision. Trust the process..”

‘REPORT CARD’ JDT

Ketika ini Liga Super direhatkan untuk memberi ruang kepada perlawanan antarabangsa. Liga hanya akan bersambung pada 13 April dan perlawanan suku akhir Piala FA dilangsungkan seperti biasa.

Untuk 2018, setakat ini JDT sudah menempuh 12 perlawanan dan bersaing dalam 4 kejohanan bermula dengan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia, diikuti Liga Super, Piala AFC dan Piala FA.

“Report Card” ini adalah statistik berdasarkan tahun 2017. Di kejohanan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia, JDT gagal mengulangi pencapaian tahun lepas apabila tewas di tangan Muangthong United 5-2 di Bangkok. Banyak yang perlu diperbaiki jika JDT serius mahu bersaing di peringkat tertinggi Asia ini.

Untuk Liga Super, JDT bermula cemerlang untuk tahun 2018 ini. Tahun lepas selepas 5 perlawanan, JDT berada di tangga ke 8 liga. Tahun ini JDT mendahului liga seawal perlawanan pertama lagi dan kini mendahului dengan 2 mata.

Piala FA menyaksikan JDT berjaya mara ke peringkat suku akhir untuk bertemu Pahang. Lawan sama yang menyingkirkan JDT tahun lalu. Perlawanan minggu hadapan dilihat sebagai medan terbaik untuk JDT membalas dendam kekalahan lalu.

Selain kejohanan domestik, JDT meneruskan tugasan mewakili negara di peringkat Piala AFC. Sesudah 4 perlawanan, JDT dilihat bergelut terutama ketika berkunjung ke tempat lawan. Namun peluang untuk layak ke peringkat seterusnya masih terbuka dengan berbaki 2 perlawanan.

 

Baru sebulan liga berlangsung, peminat dikejutkan dengan perletakan jawatan Ketua Jurulatih, Ulisses Morais atas alasan kesihatan keluarga. Ramai peminat merasakan bahawa beliau sebenarnya sudah hilang kawalan di bilik persalinan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, JDT masih gagal mencari ramuan pemain import terbaik. Kembalinya Luciano Figueroa dan Jorge Pererya Diaz dijangka mampu menambah sengat serangan JDT rupanya ianya membawa khabar buruk kepada peminat JDT.

Belum reda dengan pemergian Morais, Diaz lari meninggalkan pasukan dan secara automatik digugurkan dari pasukan. Luciano Figueroa pula dilihat kelelahan untuk mengikuti jadual yang padat mungkin akibat faktor usia dan juga kecederaan lama yang berulang.

Ekoran daripada ini JDT terpaksa membawa naik Nicolas Fernandes dari JDT2 untuk menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh Diaz. Kini JDT juga bermain tanpa penyerang import dan kita sangat bertuah kerana Hazwan Bakri dan Safawi Rasid menunjukkan ketajaman mereka menjaringkan gol.

Raul Longhi bertuah kerana mempunyai banyak pemain yang berkualiti, JDT masih gah mengungguli liga dan masih bersaing dalam semua kejohanan yang ditandingi. Inilah perwatakan dan karektor yang sangat matang di kalangan pemain JDT.

Foto: JOHOR Southern Tigers

Jendela perpindahan akan datang bakal menyaksikan JDT berbelanja besar. Kelab telah pun mengumumkan kemasukan Harry Novillo sebagai pengganti Diaz. Pemain asal Perancis ini mengembalikan pemain Eropah ke kem JDT selepas 2013.

Kelab juga telah membuat pengumuman rasmi berkenaan Luciano Figueroa. Beliau akan digantikan dengan pemain import baru namun beliau akan dikekalkan sebagai mentor kepada pemain muda.

TMJ kini telah kembali dan pastinya baginda inginkan kejayaan berganda buat JDT. Mungkin JDT patut fokus kepada Liga Super sahaja demi memastikan JDT menjadi wakil sulung Malaysia di pentas Liga Juara Juara Asia 2019.

 

Oleh itu para penyokong tidak perlu risau akan arah tuju JDT. Kelab masih lagi di landasan yang betul untuk juara. Teruskan sokongan anda dengan turun ke stadium dan membeli barangan cenderahati asli demi membantu kelansungan kelab. Para pemain pasti teruja dengan sokongan padu penyokong Johor Darul Takzim di Larkin mahupun di laman lawan.

Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply