BIARKAN MEREKA TERMAKAN DENGAN ‘DECOY’, KERANA JDT AKAN TERUS MELAKAR SEJARAH

Jarang ada yang perasan di dalam kem JDT, disiplin memainkan peranan penting dalam segala serbi. Ini termasuk lah dari menepati masa, bersiap untuk latihan, menjaga pemakanan, tatatertib di dalam sosial media mahupun kelakuan peribadi di luar padang.

Orang lain kerap mengutarakan mengapa hanya pemain sekian-sekian yang mendapat tempat di dalam kesebelasan utama. Secara zahir nya, bila disiplin diutamakan, ia akan terus bertindak balas dengan persembahan di dalam padang. Salah satunya adalah gerak kerja dalam memilih kesebelasan utama. Sudah pasti jurulatih akan memilih yang paling bagus di antara yang terbaik di dalam kem JDT.

Hatta sebab-sebab di atas, sudah tentulah pemain-pemain akan berusaha sedaya upaya untuk bersaing merebut tempat. Di sini kita dapat lihat persaingan sihat, dan suasana keluarga JDT diwujudkan. Orang barat kata,

A healthy workplace environment is ideal when it comes to maintaining a positive outcome”.

Ya, ini berlaku di dalam kem JDT. Kita semua boleh lihat wajah ceria mereka bekerja walaupun jadual kerja mereka penuh.

Organisasi yang dibina ini tak akan lengkap tanpa peranan pasukan, pengurusan & penyokong yang saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak perlu terpaksa, dipaksa ataupun memaksa melakukan sesuatu. Hanya sekadar ikhlas melakukan tanggungjawab masing-masing demi kelab kesayangan. Kerana dari keikhlasan, timbulnya perasaan sayang dan setia.

Ramai yang mempertikaikan permasalahan itu dan ini sehingga menyebabkan kebencian, pertelingkahan, dan perdebatan. Walhal di dalam semua ini telah termaktub falsafah dan polisi, supaya kelab akan kekal berjaya. Ya, kota Rom tidak dibina dalam sehari. Tapi mengapakah kita perlu robohkan semula kota Rom yang telah dibina?

Teruskan sokongan kita kepada kelab yang kita sayangi ini. Tahun ini kita telah berjaya, berjaya menggapai lebih daripada apa yang kita idamkan. Biarkan mereka termakan dengan ‘decoy’, kerana JDT akan terus melakar sejarah.

Oleh: Farhan Khair

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply