VIDEO PELANCARAN JERSI JDT – A MARKETING MASTERCLASS

 

Bukan mudah untuk menjadi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Apa sahaja yang dilakukan akan menjadi perhatian dan bualan orang ramai dan netizen. Semua yang dilakukan akan mengundang mata memandang umpama anak gadis tercantik di sesebuah kampung.

Terbaharu video pelancaran jersi baharu JDT mendapat perhatian ramai sekali lagi. Intipati video menjadi bualan dan umpatan di media sosial malah ada yang membincangkan isu ini secara panjang lebar hingga memecah belahkan penyokong.

Ada yang memuji ada yang mengeji malah ada yang tidak mengambil peduli. Bagi mereka apa yang penting adalah kualiti jersi keluaran Nike itu dan kualiti pasukan yang akan memperagakan jersi dengan aksi yang memukau di atas padang nanti.

Sebagai orang ‘marketing’ yang berpengalaman, apa yang boleh saya katakan adalah video ini adalah satu ‘marketing masterclass’ yang sekali lagi mengena buat pasukan gah seperti JDT ini.

Di dalam dunia pemasaran, ‘bad publicity’ juga dikira sebagai publisiti. Siapa yang tidak mahu menjadi bualan umum. Akibat daripada ‘bad publicity’ ini, video pelancaran ini bukan hanya menjangkaui peminat bola sepak malah sudah meluaskan kuasanya kepada khalayak bukan peminat bola sepak.

Dunia pemasaran juga mengajar bahawa ‘benda baik hanya akan dikongsi kepada seorang sahaja tetapi benda buruk akan dikongsi kepada lebih dari 10 orang’. Bukanlah saya mahu mengatakan video jdt itu tidak baik tetapi apa sekalipun tanggapan orang, JDT mendapat publisiti secara percuma.

Suka atau tidak, video itu menjadi tular dan itulah yang dikehendaki oleh pihak JDT dan publisiti ini membantu menaikkan nama dan nilai pasaran JDT di dalam dunia bola sepak tempatan mahupun global.

Nilai boleh pasaran inilah yang membantu JDT ‘sustain’ hingga mampu melancarkan jersi tanpa penaja sekaligus memperlihatkan Misi 1 Bilion yang dilancarkan baru-baru ini bukanlah cakap kosong hanya untuk mereka mendabik dada.

Kepada penyokong JDT pula tahniah kerana anda menyokong pasukan dengan membeli jersi original yang pastinya membantu kewangan pasukan dan membuktikan kesetiaan anda kepada JDT.

Buat DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Raja, patik ucapkan tahniah atas idea yang bernas dan ‘out of the box’ ini. Seperti yang Tunku sering katakan ‘JDT doing JDT Style’ dan terbukti sekali lagi JDT menjadi buah mulut orang ramai dan mendapat ‘free publicity’ dari ‘word of mouth – the most powerful marketing tools’. Luaskan Kuasamu Johor.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*