TUKAR JURULATIH BUKAN MASALAH BESAR

TUKAR JURULATIH BUKAN MASALAH BESAR

Kelab Johor Darul Ta’zim(JDT) sentiasa konsisten dan masih mengekalkan momentum untuk menjadi Juara bermula dari tahun 2014.

Usaha yang dibuat oleh JDT ini adalah perkara biasa dalam sesebuah pasukan bolasepak. Pertukaran Jurulatih silih berganti untuk perubahan strategi adalah diyakini tidak akan memberi impak.

“Pelajaran penting dari Guangzhou Evergrande Taobao Football Club”

Guangzhou Evergrande Taobao Football Club atau lebih dikenali Southern China Tigers adalah sesebuah kelab dari China Super League yang tidak gentar dalam menukarkan jurulatih dengan kerap.

Marcello Lippi antara nama yang telah membawa pasukan ini menjuarai tiga kejuaraan berturut-turut pada tahun 2012-2014, termasuk menjuarai ACL pada tahun 2013. Beliau mengambil keputusan bersara pada 26 febuari 2015, setelah menjadi “director of football” Guangzhou kira-kira setahun.

Setelah itu Canavarro dilantik menggantikan tempat Marcello Lippi di Guangzhou pada akhir 2014 selama lebih kurang 8 bulan namun dipecat di pertengahan musim dan digantikan oleh Luiz Felipe Scolari.

Bersama Luiz Felipe Scolari, Guangzhou Evergrande Taobao Football Club Berjaya merangkul sekali lagi 2015 AFC Champions League, dan mencapai kejuaraan pada 2015-2017 menjadikan 7 tahun berturut-turut.
Namun pada tahun 9 November 2017, Luiz Felipe Scolari bertindak tidak memperbaharui kontrak dan posisi jurulatih diambil alih semula oleh Fabio Cannavaro.

Pada ketika ini China Super League baru melepasi pusingan kedua musim ini, Guangzhou Evergrande Taobao Football Club ketinggalan 6 mata dengan Beijing Sinobo Guoan yang mendahului Liga, ura-ura Fabio Cannavaro akan dipecat mula menjadi buah mulut walaupun beliau berjaya mengekalkan Chinese FA Super Cup 2018 dengan mengalahkan Shanghai Greenland Shenhua 4-1.

“Bukan masalah utama mencapai kejayaan”

Dengan mengambil iktibar dari pasukan Guangzhou Evergrande Taobao Football Club , kita dapat merumuskan bahawa kejayaan bukan sekadar faktor jurulatih atau taktikal, tetapi berkenaan dengan berani membuat perubahan, berani membuat pelaburan yang tinggi dan sokongan kuat dari penyokong sesebuah pasukan itu.

Percayalah,

Dengan kekerapan bertukar jurulatih, JDT pasti tetap konsisten dalam mengekalkan kejuaraan. Faktor utama dalam formula kejayaan JDT adalah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan rasa percaya kita kepada baginda dalam membawa kejayaan kepada JDT.

 

Syarifah Hafizah

Kahang Barat

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply