TRANSFORMASI STADIUM LARKIN BUKTI KOMITMEN JDT DAN TMJ

Foto Arkib HS: 16.02.2013

TRANSFORMASI STADIUM LARKIN BUKTI KOMITMEN JDT DAN TMJ

Lawatan ke Johor Bahru baru-baru ini membawa diri ke Stadium Larkin. Satu ketika dahulu stadium ini sering menjadi tempat saya menonton bola di zaman gemilang Johor FA.

Kini melihatnya dari luar pun sudah cukup mengujakan. Apa lagi jika berada di dalam dengan sorakan Larkin yang menggerunkan. Stadium Larkin memang mempunyai auranya tersendiri.

Melihat kepada transformasi stadium ini, ia adalah bukti betapa JDT dan TMJ komited dalam bola sepak. Dari sebuah stadium usang kini ianya sudah mencapai ke tahap AFC.

Dari sunyi sepi ke gegak gempita dan kini sudah kembali diam sedikit. Adakah stadium terlalu bagus membuatkan penyokong tidak mahu ke stadium. Alasan demi alasan keluar tanpa rasa malu.

Foto Arkib HS: 28.12.2012

Artikel ini bukan hendak menghentam sesiapa tetapi sekadar mengingatkan bahawa sedar tak kita bahawa dari 2013 harga tiket Stadium Larkin kekal RM10 sahaja untuk tempat duduk terbuka. Diulang RM10 sahaja.

Berani saya katakan tiada stadium bertaraf AFC yang mengenakan bayaran hanya RM10 untuk satu perlawanan bola sepak. Stadium UiTM pun tiketnya RM15 untuk perlawanan biasa dan RM20 ketika bertemu JDT.

Tiada satu persatuan bola sepak di Malaysia pun yang mempunyai stadium sendiri. Malah tidak keterlaluan saya katakan bahawa semua penyokong pasukan lain mengharapkan fasiliti dan harga tiket seperti Larkin.

Stadium Larkin bakal menjadi sejarah indah buat JDT apabila stadium baharu dibuka kelak. Tetapi jika Larkin pun gagal dipenuhkan dengan harga terendah di Malaysia maka mimpilah kita untuk penuhkan stadium baharu nanti.

Bersedialah wahai penyokong Johor untuk ditertawakan oleh penyokong lain. Stadium baru tetapi kosong. Stadium canggih tetapi lebih tempat duduk dari penyokong. Sememangnya mereka menunggu saat itu.

Mari buktikan bahawa kita masih sayangkan JDT dan TMJ. Ingatlah bola sepak dimainkan di stadium dan bukannya di laman sosial. Stadium kita wajah kita. Luaskan Kuasamu Johor.

Ahmad Osman, Kuala Lumpur

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 1.7K
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*