TMJ – ASK ME A QUESTION

Hari ini di paparan IG Story DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, baginda memberi peluang kepada rakyat untuk bertanya soalan kepada baginda.

Ringkas, Santai dan Tepat!

Setiap persoalan dijawab oleh baginda ke atas setiap persoalan. Itulah sisi diri TMJ. Seorang yang tidak mahu berselindung dan bersedia memberi jawapan dengan fakta dan pengisian walaupun kadang-kadang ianya agak pedas untuk diterima ramai.

Sudah menjadi kebiasaan buat Tunku Mahkota Johor dari dahulu lagi untuk bertemu dan berjumpa dengan penyokong atau pun ‘haters’ baginda sendiri untuk memberi penjelasan dan jawapan. Cuma kini ianya agak terbatas akibat isu pandemik Covid 19 yang melanda dunia sekarang.

Persoalan dalam bentuk peribadi, keluarga, sukan, hiburan, politik, negeri Johor dan negara dijawab baginda dengan santai dan tepat.

Bukan selalu untuk seorang Putera Raja melakukannya begini, tetapi inilah DYAM Tunku Mahkota Johor kami. Menjunjung Kasih Tunku. Allah Peliharakan Sultan.

“Thank you all for all the questions. InsyaAllah we can do this again in the future.” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim

 

Berikut antara paparan-paparan persoalan untuk simpanan kita semua.

 

 

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply