TETAPKAN HALA TUJU WAHAI PEMAIN MUDA!

JDT adalah tempat yang sesuai untuk pemain daripada NFDP meneruskan karier bola sepak mereka seandainya mahu menjadi pemain profesional dan tiada tempat lain yang sesuai”- Lim Teong Kim

Masih ingat? Ini adalah apa yang disarankan Lim Teong Kim semasa bertugas sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Beliau juga berpendapat pilihan pemain muda terutama daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) memilih menyertai Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai hala tuju seterusnya dalam memperkembangkan karier profesional adalah pilihan paling terbaik.

Secara logikalnya harus diakui hipotesis Lim Teong Kim tidak ada cacat celanya. Kita lihat dengan mata kepala sendiri bakat-bakat muda yang menyarung jersi JDT amat bertuah kerana merasai nikmat sebenar kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional. Pengurusan yang efisien serta fasiliti yang bertaraf antarabangsa menjadikan asas dalam membina karier mereka ke tahap yang lebih bombastik.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor juga selaku pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa peka mengenai perkembangan peningkatan prestasi dan kebajikan mereka sepanjang berada di dalam kelab ini.

Saya lihat di JDT mempunyai program pembangunan yang amat baik apabila mengadakan kolaborasi bersama kelab ternama Jerman, Borussia Dortmund dan kelab dari Sepanyol, Valencia CF sebelum ini dan modul yang digunakan juga bertepatan untuk memajukan pembangunan bola sepak akar umbi”- Lim Teong Kim

Kini segala tanggapan Lim Teong Kim menjadi realiti. Disaat akademi JDT semakin unggul, pemain-pemain muda yang memilih jalan sendiri kini berdepan dengan hala tuju yang semakin kabur. Tidak perlu menunggu lama, tidak sampai enam bulan segala interpretasi Lim Teong Kim telah bertemu kebenaran.

APA NASIB KAMU ANAK MUDA?

Bagaimana pemain muda yang berada dalam pasukan yang lain? Apa cerita pemain-pemain berbakat besar AMD yang diambil secara pukal oleh pasukan lagenda yang menggelarkan mereka sebagai Raja Bola Sepak Malaya.

Sebenarnya Pandemik COVID-19 menjadi pembuka hijab bagaimana pasukan-pasukan di Malaysia melayan pemain muda dalam struktur persatuan mereka. Di situ kita lihat bagaimana mereka mendestruktif bakat-bakat muda ini.

Segala khabar berita bahawa pemain muda ini memilih jalan yang benar dalam karier mereka rupanya hanya satu konspirasi, hanya satu pembohongan. Kini bakat-bakat muda ini terkontang kanting mencari hala tuju sehingga dikatakan kini ada yang menjadi penghantar makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Akhir kata, bukan salah pemain muda ini.
Mereka sebenarnya sering ditakutkan oleh sesetengah pihak bahawa mereka akan hancur jika memilih JDT.

Sedarlah anak muda! Jangan takut untuk bersaing menjadi terbaik dikalangan terbaik. Jadilah seorang pejuang. Usaha adalah tangga kejayaan. Tiada kejayaan yang datang bergolek.

Mengapa takut pada cabaran? Percaya pada diri sendiri, jika kita benar-benar bagus dan berbakat, kita akan mampu menempuh segala halangan. Dan akhirnya kejayaan pasti akan menjadi milik kita!

Perkara ini harus dijadikan pengajaran oleh bakat-bakat muda tanah air selepas ini. Pilih hala tuju dalam memilih pasukan berdasarkan fakta dan bukti kejayaan bukan sekadar termakan janji manis.

Sedar dan bangkit anak muda! Masih belum terlambat!

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*