‘TERIMA KASIH TMJ’ – DATO SRI REEZAL MERICAN

“Saya amat berpuashati dan positif selepas perjumpaan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam. Baginda telah memberikan idea dan cadangan bernas untuk kelancaran Sukma Johor 2021 ini nanti.” – Menteri Belia Dan Sukan

Dato Seri Reezal Merican, Menteri Belia Dan Sukan menjawab soalan media ketika beliau ditemui sewaktu melakukan lawatan kerja ke venue SUKMA Johor 2021 pagi tadi.

Di antara venue-venue kejohanan yang dilawati adalah Stadium Tertutup baharu yang berada bersebelahan dengan Stadium Larkin dan Pusat Akuatik, Arena Larkin.

Melihat kepada persiapan yang sedang pesat dilakukan oleh kerajaan Johor untuk menghadapi SUKMA kali ini beliau amat berpuas hati dengan persiapan kali ini. Dia mengandaikan persiapan sudah di peringkat 90%.

Namun begitu setiap keputusan akan dibincangkan di mesyuarat-mesyuarat pihak kementerian akan datang kerana semua sedia maklum kita sedang melalui fasa PKPP di mana setiap maklumat terperinci dan SOP KKM perlu diambil kira.

Menjawab soalan wartawan mengenai Liga Bolasepak Malaysia, beliau akan membawa isu ini ke mesyuarat kementerian bagi permohonan Liga Bolasepak Malaysia boleh dimulakan semula. Bukan sahaja bolasepak sukan-sukan lain akan turut dibincangkan untuk semua boleh kembali beraksi selepas mendapat lampu hijau daripada KKM.

 

Di akhir sesi lawatan kerja ini juga, di atas jemputan DYAM Tunku Mahkota Johor,  Dato Seri Reezal Merican dan rombongan Kementerian Belia & Sukan dijemput untuk melawat dan melihat sendiri fasiliti kelas dunia JDT.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply