TERIMA KASIH PENYOKONG LARKIN – STATISTIK BUKTIKAN ANDA YANG TERBAIK!

TERIMA KASIH PENYOKONG LARKIN – STATISTIK BUKTIKAN ANDA YANG TERBAIK!

Oleh: Mohamad Haniff

Kredit buat penyokong-penyokong JDT yang tidak pernah putus asa dengan menghadirkan diri untuk memeriahkan Stadium Larkin. Tahniah buat anda semua! Anda semua sungguh luar biasa.

Saya tahu JDT sedang dalam kesusahan, Saya tahu JDT sedang berhempas pulas,

Saya tahu JDT sedang berhempas pulas, Saya tahu JDT sedang bersedih,
Tetapi saya tidak akan berputus asa,

Kerana saya yakin dan percaya dengan matlamat kami iaitu,

Pada November nanti kami akan bermain bunga api..”

Tiba-tiba aku teringat kata-kata DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) tu dan sebab itulah juga aku terfikir untuk menulis dan mengeluarkan fakta-fakta kehadiran penyokong JDT di stadium larkin. dengan fakta-fakta ini kita boleh menunjukkan pada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang kita terlalu sayangkan Kelab Johor Darul Ta’zim dan mengambil berat akan hal-hal kelab.

Walau apa pun yang berlaku, walau apa pun situasi dalam Johor Darul Ta’zim, Penyokong tetap memenuhi stadium dengan memberi sokongan pada pasukan Johor Darul Ta’zim. Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Lakin mencatatkan rekod kehadiran penyokong tertinggi dalam Liga Malaysia untuk tiga musim berturut-turut sejak 2015 hingga 2017. Kita semua boleh dikategorikan sebagai penyokong “HATRIK” dengan kehadiran penyokong paling ramai sejak 2015. Ini seiring dengan pencapaian Kelab JDT.

Baiklah tanpa membuang masa korang semua. Aku terus bagi fakta-fakta yang sahih buat korang tatapi. Kita seharusnya berbangga dengan diri kita sendiri. Semangat serta sayang korang pada JDT tidak boleh dijual beli. Ini harga mati.!!!

Musim 2015 menyaksikan seramai 184,198 penyokong menyaksikan aksi pasukan penuh bintang itu, jauh meninggalkan Kelantan yang mencatat kehadiran 108,696 penyokong. Sementara Pahang di tangga ketiga dengan 107,683 penyokong.

Jumlah kehadiran penyokong JDT terus meningkat pada tahun 2016 yang menyaksikan seramai 191,982 penyokong menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan itu sementara Perak di tangga kedua dengan 121,687 penyokong dan Kedah mencatat kehadiran penyokong ketiga tertinggi dengan 103,421 penyokong.

Dengan hanya baki dua perlawanan musim 2017 iaitu satu aksi Liga Super dan final Piala Malaysia, JDT terus unggul selepas mencatat kehadiran penyokong seramai 187,557 penyokong dan Kedah di tangga kedua dengan 156,626 penyokong sementara Pahang sekadar mencatat kehadiran 81,205 penyokong.

“Kayu yang banyak akarnya tak takutkan ribut, kayu yang berakar tunjang tak endahkan kabut. Kini dayung sudah ditangan, perahu sudah di air, elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat”

Merah itu darahmu,biru itu nyawamu..
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor..
??

#PenyokongJDT
#JohorDarulTazim
#PenyokongTerbaik

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply