TERIMA KASIH 2020, SELAMAT DATANG 2021

Tahun 2020 melabuhkan tirai dengan meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada fraterniti bola sepak tempatan apabila kekurangan aksi dan tidak dibenarkan memasuki stadium.

Namun semua ini kita perlu anggap sebagai kenangan dan kita melangkah ke tahun 2021 dengan azam baharu iaitu ingin memenuhkan kuota 10% kebenaran masuk ke stadium bagi musim baharu ini.

Kepada penyokong JDT, tahniah kerana anda telah menjadi tulang belakang kelab hingga berjaya merangkul dua piala yang dipertandingkan manakala undian anda berjaya membantu JDT menguasai Anugerah Bolasepak Kebangsaan Virtual 2020.

Selain itu, pelbagai lagi kejayaan dicapai JDT diluar padang menerusi kerjasama dengan pelbagai organisasi dan juga yang utama pelancaran Stadium Sultan Ibrahim yang canggih dan menjadi kebanggaan JDT dan kita para penyokong.

Buat anda yang terpilih untuk hadir ke stadium pada 2021 gunakan kesempatan ini sebaiknya kerana pasti ramai yang mencemburui anda. Jangan sia-siakan peluang yang datang dan sokonglah dengan sepenuh hati anda.

Terima kasih 2020. Selamat datang 2021. Semoga tahun baharu ini akan memberi sinar kepada semua dan semoga awan mendung 2020 berarak pergi dan kita mampu hadir ke stadium seperti sedia kala.

Kami dari pageharimauselatan.com ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pembaca dan pengikut laman penyokong ini. Sokongan anda sering menjadi semangat buat kami untuk terus berkongsi kandungan yang berkualiti.

Teruskan menyokong kami, teruskan menyokong JDT dan sentiasalah menjadi penyokong yang bijak dan tidak mudah terikut-ikut dengan kehendak penyokong lawan.

Buat pemilik JDT yang dikasihi, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, kami hulurkan ribuan kemaafan bagi pihak penyokong-penyokong JDT jika ada salah silap kami sepanjang tahun 2020 ini. Menjunjung Kasih di atas setiap perkara baik JDT yang dihadiahkan kepada kami selama ini.

Selamat Tahun Baru. Luaskan Kuasamu Johor.

HS

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply