TAHNIAH PENYOKONG HARIMAU SELATAN

Terima kasih dan tahniah kepada semua penyokong JDT kerana tiket untuk perlawanan Liga Juara-Juara AFC malam ni telah habis dijual secara dalam talian.

Dijangka hampir 20,000 penyokong akan membanjiri Stadium Sultan Ibrahim malam ini untuk menjadi saksi satu lagi malam gemilang Asia buat JDT.

Marilah sama-sama kita memberikan sokongan padu diketuai oleh Boys of Straits kepada pahlawan kita di atas padang. Ayuh timbulkan rasa gerun kepada lawan.

‘Ngauman Selatan tak pernah berhenti…semangat ini takkan pernah mati…berjuanglah kita berjuang bersama…jadilah juara…’

Luaskan Kuasamu Johor

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply