STADIUM LARKIN – LAMBANG BERTUAHNYA MENJADI PENYOKONG JDT

 

STADIUM LARKIN LAMBANG BERTUAHNYA MENJADI PENYOKONG JDT

Tahukah anda, kenapa penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dianggap penyokong paling bertuah di Malaysia? Artikel ini akan menyenaraikan beberapa sebab berdasarkan faktor Stadium Larkin sahaja.

Sebut sahaja Stadium Larkin semua peminat bola sepak membayangkan kubu kuat JDT yang canggih itu. Daripada sebuah stadium yang usang, kini menjadi antara stadium terbaik di Asia Tenggara. Penyokong luar datang ke Larkin walaupun sudah tahu akan keputusan akhirnya.

Penyokong berasa selesa dengan tempat duduk baharu dan yang paling klasik, Stadium ini berpagar rendah. Ia juga dilengkapi sistem audio terbaik dan tidak dinafikan padang bola sepak terbaik. Ini dilakukan untuk memastikan pengalaman menonton di stadium tidak akan dilupakan.

Hanya Stadium Nasional Bukit Jalil sahaja yang mempunyai dua scoreboard dan layar led seperti Stadium Larkin. Papan iklan elektronik kali pertama diperkenalkan juga di Larkin. Kemudian barulah semua stadium mengikuti trend ini.

Bukan hanya suasana di dalam stadium, malahan perjalanan ke stadium juga dipermudahkan. Parkirlah di kawasan yang ditetapkan pengurusan stadium dan naiklah bas perantara yang disediakan. Apa yang menarik adalah parkir percuma bas juga percuma.

 

 

Untuk penyokong luar daerah Johor Bahru pula, ada bas perantara antara daerah disediakan dan ianya juga percuma. Tiada pasukan lain mampu memberi layanan terbaik buat penyokong setia.

Dan untuk semua khidmat dan fasiliti terbaik yang disediakan, tiket masuk ke stadium masih kekal RM10. Carilah dimana anda boleh dapat harga tersebut untuk menonton bola sepak. Stadium UiTM juga mengenakan bayaran RM20 untuk teres terbuka.

Jadi disini jelaslah mengapa penyokong JDT adalah penyokong bertuah di Malaysia ini. Maka marilah kita lupakan sengketa yang ada dan mari kita turun semula ke stadium untuk mendukung kelab kebanggaan kita.

 

Luaskan Kuasamu Johor

Saiful – Pekan Nenas

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply