AKU MARSHALL STADIUM LARKIN

 

AKU MARSHALL STADIUM LARKIN

Menonton perlawanan JDT di Larkin adalah impian seluruh bangsa Johor baik di negeri Johor ataupun di luar. Aku antara penyokong yang ‘kembali’ ke stadium setelah JDT dijenamakan semula sejak 2013.

Terdetik dalam hati sampai bila aku hanya menjadi penonton dan tidak menyumbang secara langsung kepada kelab. Tahun 2016 aku menyertai temuduga sebagai marshall stadium. Pertama seadanya di negara ini.

Pagi 10 Januari 2016, aku bangun dan beratur beramai-ramai untuk pemilihan marshall stadium. Calon yang datang bukan calang-calang. Ada dari Bomba, JPAM, anggota Rela dan ada juga bekas polis dan askar sedangkan aku hanyalah seorang guru.

 

Aku rasakan yang aku akan gagal dalam pemilihan kerana latar belakangku rupanya aku silap. Kerana pasukan JDT bukan hanya mencari marshall yang handal dalam bahagian keselamatan tetapi juga ada latar belakang pendidikan. Lalu aku terpilih dan gembiranya bukan kepalang.

Aku bertanya kenapa aku terpilih. Jawapan mereka mudah sahaja. Tugas marshall selain dari menjaga keselamatan penyokong, mereka juga harus mendidik penyokong menjadi penyokong yang berdisiplin dan patuh akan undang-undang. Sekarang aku jelas kenapa aku dipilih.

Piala Sumbangsih adalah tugas pertama aku. Aku gementar dan semua gementar. Maklumlah pertama kali. Melihat lautan manusia memudahkan kita panik. Sebelum ini aku di tempat penonton kini aku berhadapan mereka pulak. Semua berjalan lancar dan sejak itu aku bertugas di setiap perlawanan di Larkin.

Menjadi marshall mengajar aku untuk sabar. Latar belakang sebagai guru banyak membantu aku. Penyokong yang datang minta dilayan seperti tuan sedangkan mereka dengan jelas melanggar undang-undang stadium. Berdiri, duduk di tangga dan menghisap rokok adalah undang-undang universal dan mungkin ianya sesuatu yang baru untuk penyokong tempatan.

Tetapi penyokong memaki hamun para marshall yang menghalang tindakan salah mereka. Namun aku anggap itu semua sebagai asam garam pekerjaan ini. Pengalaman aku sebagai penyokong juga banyak membantu. Aku berani mengatakan aku adalah penyokong yang berdisiplin.

Tahniah kepada pemegang pas bermusim kerana aku boleh katakan anda mempunyai kelas tersendiri dan faham akan arahan marshall dan juga undang-undang stadium. Mungkin kerana anda sering ke stadium menjadikan anda lebih matang dan berkualiti.

 

Penonton dan marshall harus bekerjasama kerana ini adalah imej negeri Johor sendiri. Penyokong kita antara yang terbaik di negara ini dan aku harap penyokong JDT juga yang terbaik dari segi disiplin di luar dan dalam stadium.

Oleh itu harapan aku, ayuh teruskan sokongan. Tanpa anda siapalah aku sang marshall. Aku dan rakan-rakan bimbang kehilangan kerja akibat kekurangan penyokong menyebabkan pihak stadium memotong jumlah marshall yang diperlukan. Berbanggalah anda mempunyai stadium yang canggih dengan para marshall terlatih untuk keselesaan anda semua.

Marshall Open Terrace Larkin
Johor Bahru.

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 697
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*