SKUAD MASA DEPAN JDT

 

SKUAD MASA DEPAN JDT

Menjelang musim 2019 ini, pasukan JDT akan memulakan latihan bermula 3 Disember ini. Kebanyakan pemain dikekalkan dan hanya penambahan seorang pemain tempatan dan 3 pemain import baharu menyertai pasukan.

Mungkin ramai yang bertanya mengapa JDT kurang bernafsu didalam tingkap perpindahan kali ini. JDT seakan-akan berpuas hati dengan pemain yang sedia ada. Siapa yang bakal menggantikan Safiq Rahim dan Marcos Antonio.

Namun apa yang kebanyakan penyokong tidak perasan adalah sebenarnya JDT sedang mempersiapkan pasukan masa depan dengan menggunakan pemain-pemain muda tempatan sedia ada yang berbakat dari setiap posisi.

Haziq Nadzli akan menjadi penjaga gol utama dan akan bersaing sihat dengan Izham Tarmizi. Kedua-dua penjaga gol ini bertuah kerana dapat bermain bersama Farizal Marlias dan dilatih legenda Khairul Azman Mohammad.

Di barisan pertahanan, JDT mempunyai Adam Nor Azlin dan Dominic Tan. Walaupun masih muda, namun mereka ini mempunyai pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa dan tempatan.

 

 

Syamer Kutty Abba, Nazmi Faiz Mansor dan Safawi Rasid pula akan mengepalai bahagian tengah. Syamer bertindak sebagai pemain tengah bertahan dan Safawi sebagai pemain tengah menyerang dan Nazmi bakal menjadi perancang utama JDT.

Dengan adanya tiga pemain tengah serba lengkap ini, tugas barisan hadapan JDT yang diterajui oleh Ahmad Hazwan Bakri dan Mohd Syafiq Ahmad akan menjadi lebih mudah dan peluang menjaringkan gol akan menjadi lebih tinggi.

Kesemua pemain tempatan ini akan dibantu pula oleh pemain luar negara yang berpengalaman. Pemain luar negara ini juga akan bertindak sebagai mentor kepada pemain tempatan. Ini akan melengkapkan kesebelasan utama yang menjadi idaman setiap pasukan yang bertanding.

 

 

Benarlah kata Tunku Mahkota Johor bahawa bola sepak ini memerlukan pelan jangka panjang untuk berjaya. Memenangi piala itu mudah tetapi mempertahankannya cukup sukar dan mengulanginya sebanyak lima kali lebih sukar.

Good luck JDT. Luaskan Kuasamu Johor.

 

Foto: www.asiana.my

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply