Kehidupan seharian DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor tidak pernah lekang dari menjadi tumpuan rakyat.
Selain dari menguruskan tugas-tugas selaku pewaris takhta, Baginda turut memiliki Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tidak asing bagi peminat-peminat bola sepak tamah air dan juga rantau Asia.
Namun begitu, sikap sebenar DYAM Tunku Ismail apabila menyantuni rakyat seringkali menimbulkan rasa kagum ramai apatah lagi melihat seorang putera raja yang amat mudah bergaul dengan rakyat jelata.
Baginda malah turut turun padang melihat sendiri kesusahan rakyat khususnya ketika bencana banjir melanda, kebakaran serta pelbagai lagi.
DYAM Tunku Ismail juga sebelum ini seringkali kerap dilihat bersama-sama rakyat menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid serata daerah negeri Johor.
Kehadiran baginda ke pelbagai majlis juga sering dituruti dengan sumbangan kurnia peribadi bagi membantu golongan yang memerlukan.
Wabak pandemik Covid-19 sedikit sebanyak membataskan pergerakan namun sumbangan kurnia dari baginda kepada rakyat tidak pernah putus-putus sehingga kini.
Setiap pelusuk daerah pastinya ada wakil dari baginda bagi menyampaikan sumbangan kurnia buat yang memerlukan.
Allah Peliharakan Sultan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.