SAFIQ RAHIM — LEGENDA, JENERAL DAN MENTOR DI ATAS PADANG

Kembalinya Safiq Rahim ke dalam skuad Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya mengujakan para penyokong dan apabila beliau tersenarai di dalam kesebelasan utama menentang UiTM FC, memori lama yang indah terlakar hingga menguntum senyum.

Aksi magis beliau di atas padang masih sama seolah-olah beliau tidak pernah meninggalkan JDT.

Beliau adalah Safiq yang anda kenal di JDT dan bukanlah Safiq di Melaka United”, kata Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora kepada media sejurus tamat perlawanan.

Apa yang menarik, selain dari berperanan mencorak serangan JDT, Safiq kini bertindak sebagai mentor di dalam padang kepada pemain-pemain muda JDT. Beliau dilihat berjaya mengawal permainan Arif Aiman dan Ramadhan Saifullah disamping memberi tips-tips berguna kepada mereka.

Dengan tiga bantuan jaringan, Safiq masih lagi relevan untuk mengepalai barisan tengah dan mewujudkan rasa tenang kepada pemain lain. Walaupun tidak memakai lilitan kapten, tetapi sifat beliau sebagai jeneral padang jelas terserlah.

Atas sebab inilah pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengambil beliau semula ke dalam skuad kerana kredibiliti dan pengalaman yang beliau miliki sukar ditukar ganti.

Pemain-pemain muda JDT juga bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada beliau selain beliau sendiri boleh belajar beberapa perkara dari pemain generasi baharu ini seperti kata orang putih, ‘everyday is a learning process’.

Sememangnya Safiq Rahim layak bergelar legenda kelab kerana jasa beliau yang terlalu banyak untuk kelab kesayangan kita ini. Buat Chopot terima kasih kerana mengembalikan memori indah buat kami semua.

Luaskan Kuasamu Johor

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply