REVIU PIALA AFC JDT LAWAN PERSIJA JAKARTA

Marco Simic

Reviu Piala AFC JDT lawan Persija Jakarta

Tatkala pasukan tempatan lain berehat dari sebarang pertandingan bola sepak, JDT bakal turun dalam aksi pertama Kumpulan H Piala AFC menentang jiran seberang, Persija Jakarta.

Bagi penyokong ia adalah mimpi indah setelah JDT diundi bersama-sama kelab legenda Indonesia ini. Sememangnya perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pasti mencuri tumpuan peminat dari dulu lagi.

JDT harus turun dengan kesebelasan utama bagi memberi momentum terbaik dalam kumpulan. Hanya juara kumpulan akan layak automatik ke pusingan seterusnya. Berdasar rekod, hanya Persija dilihat mampu menghalang JDT dari menjadi juara kumpulan H.

Kekalahan di tangan Kuala Lumpur harus segera dilupakan dan fokus terhadap perlawanan serantau ini perlu digandakan dan hanya kemenangan dapat mengembalikan semula keyakinan peminat.

Pasukan Persija Jakarta hanya mengharapkan perlawanan pra musim untuk menguji skuad mereka kerana Liga Indonesia masih belum bermula. JDT pula sudah turun dalam 4 perlawanan kompetitif sekaligus memberi kelebihan yang besar.

Bermain di Stadium Larkin juga sudah pasti akan menjadi satu kelebihan kepada JDT dengan sorakan padu dari BOS serta penyokong tuan rumah. Namun “Jakmania”, penyokong fanatik Persija juga dikhabarkan akan turun memenuhi ruangan penyokong lawan. Atmosfera yang pastinya memberi kepuasan untuk menonton perlawanan bola sepak.

Morais perlu memastikan bek berempat yang kental perlu dipersiapkan untuk perlawanan ini. Marcos Antonio masih mengalami sedikit kesakitan namun jika disahkan boleh beraksi beliau pasti berganding dengan Fadhli Shas di benteng tengah. Corbin Ong dan S Kunanlan mengisi posisi bek kiri dan kanan.

Barisan tengah dijangka masih mengekalkan gandingan Harris-Insa-Safiq untuk menjana serangan JDT. Jentera serangan masih kekal milik Diaz dan Figueroa manakala Safawi Rashid dijangka diturunkan menggantikan Gonzalo Cabrera.

Foto: Hafiz Othman

Pasukan Persija pula pasti turun dengan ayam tambatan baru mereka Marco Simic (gambar). Beliau yang dibeli dari Melaka United adalah penyerang yang sangat bahaya di dalam kotak penalti lawan.

JDT juga harus berhati hati jika Bambang Pamungkas diturunkan. Siapa tidak kenal dengan bisa kepala beliau. Walaupun sudah meningkat umur namun beliau masih bahaya jika diberikan sedikit ruang sekalipun.

Pastinya satu pertempuran yang hebat bakal disaksikan di Stadium Larkin. Kepada semua penyokong marilah ramai-ramai ke stadium dan tunjukkan kepada Asia bagaimana fanatiknya penyokong pasukan JDT.

Foto: Hafiz Othman

Barisan kemungkinan:

Johor Darul Takzim
Haziq Nadzli, Corbin Ong, Marcos Antonio, Fadhli Shas, S Kunanlan, Hariss Harun, Ignacio Insa, Safiq Rahim, Safawi Rashid, Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa

Persija Jakarta
Andritany Ardhiyasa, Marko Kabiay, Maman Abdurahman, Jaimerson Xavier, Rezaldi Hehanusa, Rohit Chand, Sandi Sute, Riko Simanjuntak, Rizky Lestaluhu, Rudi Widodo, Marko Simic

Luaskan Kuasamu Johor

“You have to fight to reach your dream. You have to sacrifice & work hard for it..” – Lionel Messi

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply