“RAKYAT SAYA ADALAH SEGALANYA” – DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Status saya hanya ‘jatuh’ jikalau saya gagal berkhidmat kepada mereka iaitu rakyat saya dan dalam hal ini, saya percaya saya tidak gagal” – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Seorang Putera Raja yang amat bertanggungjawab ke atas susah senang rakyatnya. Satu sifat azali yang semakin mekar subur dalam jiwa baginda.

Terlalu banyak yang dilakukan. Terlalu banyak disumbangkan. Di sini kami lampirkan sumbangan baginda dalam tempoh 2019-2020

Sumbangan Tanpa Mengira Status

3 Mac 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan menyampaikan sumbangan kurnia kepada keluarga anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Bahru, Larkin.

14 Mac 2019-  DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan memberi sumbangan bantuan kepada mangsa bencana pencemaran sisa toksik Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor

15 Mei 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor memberi sumbangan kepada asnaf  ketika majlis santapan berbuka puasa di Masjid Riyadus Solihin, Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat.

19 Mei 2019- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda berangkat hadir menziarahi anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing. Baginda turut meluangkan masa melawat asrama putera dan puteri serta memberikan sumbangan kurnia kepada anak-anak yatim dan pengurusan pertubuhan kebajikan tersebut

29 Mei 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat berjumlah RM1 juta pada tarikh tersebut. Baginda yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari MAINJ kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor.

Demi Kebahagian Rakyat

30 Mei 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor hadir melawat ke Pusat Jagaan Bakti Murni Warga Emas dan Orang Kurang Upaya. Baginda turut memberikan sumbangan kepada 32 penghuni dan kakitangan pusat jagaan tersebut bagi meraikan perayaan Aidlifitri

Sekitar Julai dan Julai2019 (Bulan Ramadhan) – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah meluangkan masa berangkat hadir ke majlis santapan berbuka puasa di daerah-daerah negeri Johor.

Baginda juga berkenan untuk mengurniakan sumbangan peribadi kepada Asnaf di semua lokasi-lokasi yang dilawati. Antara lokasi bertuah tersebut adalah Masjid IOI, Segamat, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.

22 Ogos 2019 – DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan sumbangan kurnia kepada para Mualaf serta Anak-Anak Orang Asli Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor

5 November 2019 – DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk diberikan kepada asnaf-asnaf dan badan kebajikan yang layak menerima.

Baginda turut berkenan lima buah masjid di daerah negeri Johor dinaikkan taraf untuk kemudahan rakyat beragama Islam menunaikan solat fardu Jumaat pada masa akan datang.

14 Disember 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Kg. Sungai Siam, Kulai sejurus pulang dari program di Tanjung Emas, Muar.

16 Disember 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang dan Balairaya Kg Baru Sg. Mas, Kota Tinggi

17 Ogos 2019- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berangkat ke Felda Ayer Hitam, Kluang, Johor pada. Dalam lawatan tersebut, baginda meluangkan masa bertemu dan beramah mesra serta turut menyampaikan sumbangan kurnia peribadi kepada penduduk setempat.

Memberi Sumbangan Dan Banyak Membantu Dalam Mengawal Pandemik Covid 19 Di Negeri Johor

Mac 2020 – DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga merupakan Pro Canselor UTHM telah mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM50 ribu untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar dan keluarga staf UTHM yang terlibat dengan Covid-19.

Mac 2020 – DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, daerah-daerah dan pelajar-pelajar bagi meringankan beban yang dihadapi dalam situasi COVID-19

Mac 2020 – DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan beberapa siri sumbangan pelbagai peralatan perubatan bagi menangani wabak Covid 19 Negeri Johor berupa 30 unit Blood Pressure Monitoring Set, 55 unit Infrared Thermometer, 31 unit Glucometer, 35 unit Pulse Oxymeter.

Peralatan tersebut telah diagihkan untuk kegunaan hospital Covid-19  Negeri Johor; Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Permai Johor Bahru.

Akhir penulisan, sesungguhnya kami sebagai rakyat Johor amat bersyukur apabila dikurniakan seorang pemimpin yang amat prihatin dan rakyatnya.

Muafakat itu Berkat. Allah Peliharakan Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply