PROGRAM PEMBANGUNAN AKAR UMBI JDT YANG DIKAGUMI

JDT telah menjadi sebuah organisasi yang kini perlahan-lahan membina tapak yang kukuh untuk masa hadapan. Program pembangunan akar umbi yang impresif dilihat akan berjaya melahirkan bakat-bakat baru dalam bola sepak tanah air.

Aplikatif yang diadaptasi dari kuasa-kuasa besar bola sepak dunia menjadikan program pembangunan ini begitu sistematik dan berjalan dalam hala tuju yang jelas.

Bekas Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim juga mengakui keberkesan program akar umbi JDT.

Beliau menyatakan bahawa akademi JDT ini amat tersusun, menepati kehendak bola sepak moden malah dengan penuh keyakinan beliau menegaskan bahawa Akademi JDT merupakan antara akademi terbaik di Asia Tenggara.

Beliau juga mengesyorkan mana-mana pemain remaja yang berhajat untuk meneruskan karier profesional dalam sukan bola sepak agar menyertai Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

JDT adalah tempat sesuai untuk pemain daripada NFDP meneruskan karier bola sepak mereka seandainya mahu menjadi pemain profesional dan tiada tempat lain yang sesuai. Malah di Akademi JDT, latihan diadakan tersusun dan menepati kehendak bola sepak moden dan antara terbaik di rantau Asia Tenggara,”-Bekas Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim

 

Sumber: BH Online

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply