PERTAHANKAN MARUAH, JANJI DAN BERSATU DEMI BANGSA JOHOR

 

PERTAHANKAN MARUAH, JANJI DAN BERSATU DEMI BANGSA JOHOR.

Oleh: Mohamad Haniff

JDT sudah lali dan terbiasa melalui musim yang dikelilingi dengan orang-orang yang ingin melihat kejatuhan dan kekalahan JDT. Media massa dan sosial menjadi batu api dan pengantara watak penting dalam melaksanakan misi dan visi tersebut.

Kita semua lupa, kita pernah melalui zaman dimana kita bermula dengan langkah yang sumbang, diwaktu kita hadir dengan status yang tinggi, kita berdepan dengan kekalahan demi kekalahan. Waktu itu, penyokong bukan seperti hari ini. Mereka akan berada di belakang pasukan dan menyokong tanpa prejudis.

PERALIHAN MUSIM

Sejak dari itu, tahun demi tahun, kejayaan demi kejayaan berjaya kita kecapi bersama. Dalam lima tahun kita berjaya mendakap 10 kejuaraan.

Apabila musim 2018 bermula, kita sekali lagi diuji. Ujian seperti musim 2013, dimana kita berdepan dengan berbagai masalah dan cabaran.

Bermula dengan kehilangan diaz, jurulatih morais dan kecederaan Luciano. Ditambah pula dengan Rekod 52 kemenangan di Stadium Larkin juga akhirnya lebur. Penyokong mula beralih arah dan tidak menerima kenyataan berikutan kekalahan tersebut.

Akibat selesa kemenangan demi kemenangan yang telah diterima, penyokong mula tidak dapat menerima hakikat, mereka mula lupa janji menyokong tidak kira kalah atau menang.

BERSATU

Jalan terbaik untuk mencapai rentak dan mendapatkan kembali semangat yang hilang ini, kita perlu bersatu kembali, berdiri teguh di belakang pasukan dan berusaha membantu mencapai sebanyak mungkin kejayaan.

Bersama kita bina semula semangat yang hilang. Kita perbaiki kembali hubungan yang mula renggang. Kita kembalikan semula gema suara ngauman harimau selatan. Kibarkan semula mafla-mafla sekata ditangan. Kita laungkan dan lontarkan suara dengan nyanyian penguat semangat untuk pasukan yang kita cintai. Penuhkan semula setiap sudut stadium seperti tahun 2013, tahun perpaduan yang terbaik pernah kita lalui.

 

KESEPADUAN KUNCI KEJAYAAN

Percayalah,
Hasilnya, diatas kesepaduan dan kesepakatan yang selama ini hilang, JDT pasti berjaya mencapai kejuaraan Liga Super buat kali kelima dan menutup tirai dengan kejuaraan Piala Malaysia.

Bersama kita pastikan, kali ini kepuasan mendakap kejuaraan biar didalam tahap maksima.Kemenangan kali ini biar lebih bermakna.

Pastikan JDT mendakap kejuaraan dan piala dalam situasi dimana ramai mengharapkan JDT kalah dan tersungkur pada setiap perlawanan.

KESIMPULAN

Hanya, dengan kemenangan dan kejuaraan ini, JDT berjaya mempertahankan maruah kelab dan bangsa Johor secara amnya

Sedarlah, akhirnya Ianya bukan hanya kegembiraan menjulang piala dan kejuaraan, ianya lebih kepada meraikan kemenangan perpaduan dan kesepakatan kita sebagai bangsa Johor.

Luaskan Kuasamu Johor

#VVS1
#WeAreAllBoysOfStraits

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 866
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*