PENYOKONG JDT PENYOKONG BOLASEPAK PALING BERTUAH DALAM DUNIA

Kelab bolasepak JDT bermula ditransformasi secara serius semenjak diambil alih oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja pada 2013. Kehadiran DYAM Tunku Mahkota yang ketika itu datang menonton melihat sendiri perlawanan di Larkin mengundang rasa tanggungjawab membina kembali empayar Merah Biru.

JDT umpama bayi kecil yang baru merangkak kembali di dalam kancah bolasepak tempatan yang ketika itu dikuasai oleh pasukan-pasukan bolasepak Pantai Timur. Pemilik JDT sedar empayar bolasepak JDT tidak boleh dibina seorang diri.

Oleh itu sejak hari itu sesi dialog pemilik kelab dan penyokong sering kali diadakan. Sesi ‘brainstorming’ untuk mendengar luahan dan mendapatkan feedback dari kumpulan dasar perlu segera dikumpul dan diselesaikan.

  1. Di awal fenomena dilihat bagaimana kusutnya trafik dan logistik penyokong di Stadium Larkin.
  2. Kusutnya melihat prasarana di dalam stadium ketika itu apabila menonton bolasepak duduk di kerusi-kerusi lusuh.
  3. Visual menonton perlawanan terganggu dek jaring-jaring besi.
  4. Logistik penyokong-penyokong luar daerah ketika itu sukar untuk mendapatkan tiket di Larkin
  5. Aduan tentang ruang solat dan tandas yang menyedihkan ketika itu.
  6. Aduan tentang layanan buruk yang diterima penyokong JDT sewaktu bertandang ke stadium lawan. Bas-bas penyokong dirosakkan dan penyokong dicederakan.
  7. Rayuan agar tiket perlawanan tidak dinaikkan.
  8. Rasa resah penyokong apabila membaca kelab JDT sering dikecam di media-media sosial.

Segala input-input ini dikumpul sendiri oleh pemilik JDT. Satu persatu setiap masalah ini diselesaikan. Sifat seorang jeneral perang yang tidak mahu askar dan rakyatnya rasa susah hati lagi.

Alhamdulillah. JDT sekarang sudah jauh berubah. Padang latihan kita sekarang dah cantik. Stadium Larkin kita dah cantik. Sistem aliran trafik di Larkin sekarang dah cantik. Penyokong dan bas penyokong ke ‘awaydays’ dah selamat.

Betapa untungnya menjadi penyokong dan keluarga JDT. Segalanya dimanjakan demi keselesaan. Tidak lama lagi penyokong JDT bakal terus bermanja di stadium baharu, Stadium Sultan Ibrahim. Setiap masalah yang telah dikongsi oleh penyokong selama ini di Larkin mungkin bakal tiada lagi disana.

Segalanya demi Johor. Demi penyokong. Bertuahnya penyokong JDT memiliki pemilik kelab yang jiwanya hanya untuk negeri.

MENJUNJUNG KASIH.

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply