Siapa pun yang terlibat dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim JDT patut berasa bangga dan terharu apabila laman web the-afc.com menyenaraikan JDT sebagai salah satu kelab paling popular di Malaysia.
Baru berusia 8 tahun, JDT sudah diletakkan sebaris dengan pasukan-pasukan senior yang lain seperti King of Malaya Selangor, Kedah, Perak, Pahang dan Kelantan. Ini adalah satu penghargaan buat kelab kerdil dari selatan tanah air.
Walaupun pada usia muda pencapaian JDT bukanlah biasa-biasa sebaliknya JDT sudahpun bergelar juara Liga Super Malaysia enam tahun berturut-turut dan juga juara Piala AFC pada kemunculan sulung di tahun 2015.
Menjelang permulaan semula Liga Super, JDT dilihat sudah bersedia menerusi latihan intensif dan bersemangat untuk mempertahankan kejuaraan sekaligus bergelar juara buat kali ketujuh.
Walaupun kedudukan akhir hanya ditentukan menerusi undian penyokong, namun kejayaan untuk berada dalam pencalonan sudah cukup membanggakan. Ini terbukti usaha dan idea pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membuahkan hasil.
Tahniah JDT. Percayalah, anda bukan hanya popular di Malaysia malah nama anda kini menjadi sebutan di Asia dan tidak keterlaluan jika dikatakan di dunia.
Buat para penyokong, ayuh jalankan tugas kita dengan mengundi di
https://www.the-afc.com/news/afcsection/the-most-popular-football-clubs-malaysia
Luaskan Kuasamu Johor.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.