PELUANG JDTII CIPTA SEJARAH

 

Peluang JDTII Cipta Sejarah

Oleh: Firdaus Johari

JDTII akan bersaing dalam “Challenge Cup” yang akan bermula minggu hadapan. JDT2 diundi bersama ATM, UiTM FC dan Pulau Pinang dalam Kumpulan B.

“Challenge Cup” adalah piala baru yang diilhamkan oleh MFL untuk memberi peluang kepada pasukan yang tidak layak beraksi di Piala Malaysia untuk bertarung sesama mereka dan memenangi piala.

Melihat kepada undian, JDTII dilihat mampu muncul juara kumpulan jika mereka mengekalkan momentum kemenangan mereka ketika ini. Untuk rekod, JDTII mengumpul 26 mata dari 33 mata maksimum sepanjang pusingan kedua Liga Perdana.

Skuad kendalian Benjamin Mora dijangka tidak akan berdepan masalah untuk membenam cabaran pasukan Liga Perdana UiTM FC dan Pulau Pinang. ATM selaku pasukan jemputan dari Liga FAM pula pasti akan berdepan kesukaran kerana akan beraksi tanpa pemain import.

Jika berjaya menjadi juara kumpulan B, JDTII akan bertemu sama ada Negeri Sembilan, Sarawak, TFC2 atau UKM FC dari Kumpulan A. Laluan JDTII ke final dilihat cerah berdasarkan prestasi keseluruhan musim.

Inilah pentas di mana para pemain JDTII boleh menunjukkan kemampuan mereka sekaligus memungkinkan mereka dinaikkan pangkat ke pasukan utama JDT.

Jika JDTII berjaya menjadi juara sulung “Challenge Cup” ini, ia pasti menjadi sejarah kepada pasukan JDTII sendiri dan juga sejarah kepada pengurusan tertinggi JDT yang pastinya berbangga mempunyai skuad pelapis yang bergelar juara.

 

Selamat maju jaya kepada Benjamin Mora dan pemain-pemain JDTII. Buktikan kepada pengkritik bahawa anda sememangnya adalah pasukan yang bagus dan bukan sekadar pasukan “feeder” kepada JDT.

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply