PAHANG DONE. TERENGGANU NEXT!

PAHANG DONE. TERENGGANU NEXT!

“Kami sedar perlawanan seterusnya akan menjadi perlawanan yang lebih sukar namun jika kami mengekalkan corak permainan seperti ini, maka tidak mustahil untuk kami berjaya melakukannya lagi. Pasukan Terengganu pastinya mempunyai ramai pemain yang berbahaya, namun mereka juga perlu memikirkan mengenai kami.” Lucho – Ketua Jurulatih JDT

Tipulah jika kita anggap kita tidak boleh menjejakkan kaki ke final Piala Malaysia apabila melihat corak permainan dan semangat pemain di dua perlawanan suku akhir JDT tempohari. Memang lain macam. Pemain cuma perlu jangan hilang fokus baki 180 minit perlawanan separuh akhir ini nanti. Lihat sahajalah sewaktu di separuh akhir pertama dahulu kita bolos di masa tambahan pelawanan.

 

Jika dilihat jumlah jaringan Terengganu di suku akhir sebelum ini membuktikan Terengganu mengamalkan corak permainan terbuka.  Terengganu menewaskan Felda 4-3!  Berbekal sokongan padu penyokong mereka sudah pasti bakal memberi tekanan kepada anak buah Luciano ini nanti. Terengganu pasti mahu membawa bekalan selesa sebelum bertandang ke Larkin nanti.

 

Perjalanan sejauh hampir 600km penyokong -penyokong setia Harimau Selatan ke Terengganu nanti bakal membawa semangat dan sokongan padu dari selatan. Penyokong-penyokong JDT tidak pernah menghampakan apabila khidmat diperlukan. Penat dan letih mereka semua adalah demi pemain-pemain JDT dan TMJ.

 

Kita akan lalui perlawanan ini satu persatu hingga ke Shah Alam. InsyaAllah.

 

This is Selatan

 

 

“Kami jangka kami sudah cukup bersedia apabila datang di Larkin. Tetapi kamu lihat sendiri lah pemain-pemain JDT malam ini. Corak perlawanan dan semangat mereka yang sungguh luar biasa..” – Komen Dollah Salleh, Jurulatih Pahang selepas perlawanan bertemu JDT di Larkin tempohari.

 

 

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply