MUNCUL KEMENANGAN BILA TERHAPUSNYA EGO

MUNCUL KEMENANGAN BILA TERHAPUSNYA EGO

Oleh: Muhamad Haniff

Kita pernah melalui zaman yang gemilang,kita pernah melalui zaman yang suram,kelam dan muram,dari satu organisasi yang kacau bilau menjadi satu organisasi yang tersusun malah untuk 10 tahun sudah di rangka.

“Sinar baru untuk Harimau Selatan”

TMJ hadir disaat kita terduduk lesu,tiada orang pandang,tiada orang hirau..malah pernah diludah,dibaling sos tiram..ada yang lebih kejam siap bilang “Oii orang gila pulang la,sokong Johor tak beri apa-apa makna satu pembaziran”

Kebangkitan di 2013 hasil dari rombakan besar-besaran yang dilakukan oleh TMJ menjadikan sebuah pasukan yang digeruni dan disegani..baik dari dalam mahupun di luar padang..

Masih ingatkah kita, 2013 walaupun dibarisi pemain-pemain terkenal kita masih lagi terumbang ambing dalam prestasi.?Masih ingatkah kita walaupun tewas,stadium larkin masih lagi bergema dengan lagu yang kita nyanyi bersama-sama.?Mafla,laungan,jeritan seragam ada disetiap sudut stadium..Masihkan kita ingat putaran mafla yang dihasilkan oleh setiap penonton menghasilkan satu aura yang luar biasa dan mampu mendirikan setiap bulu roma.

Ketika itu.

Mereka boleh mengalahkan pasukan bintang harimau selatan,tapi mereka gagal mengalahkan penyokong harimau selatan.

Tapi dimanakah semua ini hilang? kenapa kita tidak bersatu seperti dulu lagi? Kita semakin angkuh atau kita sudah puas dengan kejayaan yang kita rasai sehingga kini?

Kunci kejayaan harimau selatan adalah kita,kita adalah setiap punca kejayaan mereka,mereka tidak akan ada apa-apa tanpa kita.

Jadi bersatulah seperti tahun 2013,tahun terbaik dalam sejarah Harimau Selatan..Penyatuan dan kesetiaan kita lebih bermakna dari segala galanya.

AFC sudah kita rasa kini ACL dalam minda.

-Mess With The Best, Die Like The Rest-

#VVS1
#HidupJohorDemiJohor
#WeAreAllBoysOfStraits

Share this...
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 466
    Shares

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*