‘KUTIP SAMPAH’ – PENYOKONG JDT SEDAR SEJAK 2015 LAGI
Tahukah anda?
JDT sudah memulakan kempen “Zero Waste’ untuk memungut sampah selepas setiap perlawanan di Larkin sejak 2015 lagi. Selepas kita lihat budaya ini diakukan di Piala Dunia 2014.
Sekarang ini peminat-peminat Piala Dunia sedang viral melihat disiplin penyokong-penyokong Jepun yang telah memungut sampah dan membersihkan tempat duduk masing selepas tamat perlawanan. Disiplin dan amalan penyokong daripada negara matahari terbit ini memang kita sudah sedia tahu sejak dahulu lagi.
Yang mana baik kita ikut, yang salah kita tolak. Budaya kesedaran ini telah lama JDT terapkan di Stadium Larkin dengan terlaksananya kempen ‘Zero Waste’ dahulu. Hingga satu tahap penyokong akan merasa malu sendiri jika mahu buang sampah merata-rata. Kesedaran kita untuk ingat mengingati diri sendiri dan orang sebelah untuk tidak membuang sampah sebarangan. Moga kesedaran penyokong-penyokong Jepun ini boleh mengingatkan kembali tanggungjawab moral kita nanti di Larkin. Teruskan amalan ini.
Tidak lama lagi kita akan berpindah ke stadium baharu. Jangan sesekali kita merosak, mengotorkan aset tidak ternilai ini nanti.
“Be a good person but don’t waste time to prove it..”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.