KITA BERJAYA KAKUKAN KAWASAKI. TAPI INI BARU BAHAGIAN PERTAMA

Suasana dan atmosfera Stadium Sultan Ibrahim semalam cukup hangat dan bergemuruh dengan sorakan yang tidak henti-henti dari kesemua 17,592 penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada JDT.

Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana kita berjaya merealisasikan kerisauan jurulatih Kawasaki Frontale yang nyata resah dengan kekuatan penyokong kita.

Ini terbukti apabila para pemain Kawasaki kelihatan kaku dan tidak mampu beraksi baik kerana terkesan dengan sorakan pemain ke-12 JDT. Langsung tiada percubaan tepat berjaya dilancarkan mereka.

Selain kredit kepada penyokong, pujian harus diberikan kepada wira-wira kita yang bermain dengan penuh disiplin dan bersungguh-sungguh di atas padang bagi memastikan malam gemilang Asia kita ini berterusan.

Inilah JDT, bermula dari pemilik, pengurusan, kakitangan, pemain dan penyokong semuanya bersatu di bawah nama Harimau Selatan dan hasilnya kini kita sudah maju dan tidak lagi menoleh kebelakang.

Tahniah para penyokong tetapi ingat ini baru bahagian pertama. Bahagian kedua bakal menyusul Ahad ini. Ayuh kita ulangi sorakan menggerunkan ini dan berikan Kawasaki mimpi ngeri sekali lagi. Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply