Semalam DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sekali lagi memberikan kejutan kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan menyatakan bakal membuat satu lagi pengumuman pada Khamis ini.
Baginda muncul dalam video berdurasi satu minit itu dan memberi bayangan apa yang bakal berlaku di JDT untuk musim 2021 dan 2022. Semua pasti menanti dengan penuh debaran.
Siapakah empat pemain yang sudah ditandatangani untuk musim hadapan dan juga musim 2022. Tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang adalah siapakah nama organisasi besar yang bakal bekerjasama dengan JDT.
Bukan perkara baharu JDT mendahului dalam pelbagai segi tetapi kerjasama baharu ini yang di label sebagai ‘yang pertama seumpamanya di Malaysia’, sudah pasti ianya bakal mencipta satu lagi sejarah dalam lipatan bola sepak negara.
Setelah Nike, Hublot, SWAG, Subway dan Spartan, siapa pula nama besar antarabangsa yang bakal bernaung menjadi keluarga JDT sekaligus menaikkan nilai pasaran JDT menuju misi RM1 Bilion.
Tahniah JDT. Sama-sama kita nantikan Khamis ini untuk mendapatkan jawapan yang pasti. Dengan pengumuman ini, JDT terus menerus menempa sejarah dan bukannya mengimbau sejarah.
Luaskan Kuasamu Johor
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.