KALAU MACAM INI LAH BOLEH MATI BOLASEPAK MALAYSIA

KALAU MACAM INI LAH BOLEH MATI BOLASEPAK MALAYSIA

Jumaat malam ini, JDT bakal menerima kedatangan KL Boys. Momentum kemenangan JDT yang perlu diteruskan. JDT perlu mengambil peluang di Larkin untuk mengutip mata penuh.

 

Apa yang bakal menarik perhatian pasukan dan penyokong adalah tahap kualiti pengadil yang bakal mengadili pemain-pemain di padang.

“Saya tidak mahu memperkatakan mengenai tindakan pengadil pada perlawanan ini. Anda sendiri melihat perkara tersebut. Masalahnya adalah mereka tidak memberi perlindungan kepada pemain..” – Luciano Figueroa 

Penyokong-penyokong sekarang yang membayar tiket hadir untuk menyokong pasukan masing-masing menjangkakan satu tempo perlawanan yang pantas dan berkualiti. Mengharapkan satu perlawanan yang lancar dan menunjukkan taktikal menyerang kedua-dua pasukan bertanding.

JDT bukan terlalu meminta untuk kepentingan sendiri tetapi ini semua perlu diperbaiki untuk Liga Malaysia kita sendiri agar dapat menghasilkan kualiti permainan untuk semua pasukan bertanding.

 

Kepada semua penyokong JDT, jangan lupa hadirkan diri menyokong di Larkin Jumaat malam ini. JDT bakal bertemu Kuala Lumpur. Pasukan KL yang telah menerima tambahan moral demi impian untuk mengalahkan JDT selepas isu gaji tertonggak mereka berjaya diselesaikan khas bersempena perlawanan ini.

Luaskan Kuasamu Johor!

Foto Kredit: Ezreen Abd Talip – HS

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply