JDT TUNJUK PERMAINAN TARAF ASIA DENGAN AKSI LIMA BINTANG

Perlawanan antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC sememangnya menarik perhatian kedua-dua penyokong tetapi juga semua peminat bola sepak tempatan.

Buktinya 30,142 orang hadir ke Stadium Sultan Ibrahim untuk sekaligus mencatat angka tertinggi kehadiran penyokong dalam Liga Super musim ini dan 1.4 juta menonton menerusi siaran langsung di platform YouTube unifi.

Foto: Ezreen B Abd Talip

Kesemua yang hadir ke stadium dan menonton perlawanan ini di mana pun pastinya gembira dengan aksi lima bintang yang ditunjukkan oleh para pemain JDT dengan mempamerkan permainan taraf Asia kepada pasukan lawan.

JDT mengekalkan corak permainan pantas dan intensiti tinggi seperti mana ketika mereka beraksi di ACL sekaligus menyaksikan Selangor gagal memberikan saingan dan tewas dengan jaringan yang besar.

Walaupun sudah berehat lama tetapi para pemain JDT dilihat tidak terkesan dengan aksi mantap dan bertenaga yang menggembirakan penyokong setia Harimau Selatan.

Aksi lima bintang, gol-gol bertaraf antarabangsa, stadium penuh yang gegak gempita umpama ulangan malam gemilang Asia dan JDT berjaya mempersembahkannya kepada Selangor yang terpaksa pulang hampa.

Syabas JDT syabas penyokong semua. Kita buktikan kita berada pada kelas yang tersendiri dan kita terus mencipta sejarah demi sejarah yang bakal menjadi kebanggaan kita semua.

Sekarang mari kita semua kekalkan prestasi di atas padang dan para penyokong tetap hadir tanpa mengira pasukan mana yang dihadapi kerana ianya tanggungjawab kita sebagai penyokong untuk hadir ke stadium memberi sokongan.

Luaskan Kuasamu Johor.

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply