JDT – SIAPA CAKAP TAK SAYANG?

 

JDT – SIAPA CAKAP TAK SAYANG?

Esok adalah perlawanan penutup Larkin bagi musim 2018. Esok juga kita bakal saksikan rekod Stadium Larkin full house! Pembuka musim 2018 di perlawanan Sumbangsih dahulu yang meriah bakal ditutup dengan gemilang lagi malam esok.

 

Tidak kiralah malam esok kita menang atau kalah yang pasti malam esok kita akan tunjukkan kemenangan dan sorakan terima kasih. Terima kasih daripada penyokong kepada pasukan dan daripada pasukan kepada penyokong. Simple!

 

Kepada pemain jangan lupa buat ‘tawaf’ terima kasih kepada semua penyokong bila habis perlawanan ya.  Kita tutup malam esok 0-0 selepas banyak kisah dan rasa kecil hati sebelum ini.

 

Siapa pilihan pemain terbaik JDT malam esok? Marquez, Aidil, Hazwan, Marcos, Hariss? Atau penyokong cuma mengharapkan kesilapan mudah sifar daripada pemain-pemain JDT sendiri. Yang pasti malam esok JDT akan beraksi bersama sorakan penuh Larkin!

 

Foto: Mohd Aliff Shadiqin

 

Sudah lama tidak melihat semangat penyokong JDT yang beratur hingga panjang hingga tiket habis seperti petang tadi. Bukti rasa sayang dan sokongan penyokong yang masih tebal dan tidak pernah pudar menyokong JDT sebelum ini. Biasalah adat orang bercinta ni ada pasang surut. Dalam diam masih ada rasa sayang walaupun pernah rasa kecil hati, marah, kecewa yang pasti semangat menyokong JDT dan negeri Johor yang tidak pernah pudar.

 

 

Jumpa anda malam esok. Luaskan Kuasamu Johor!

 

“The most important gives from Allah is your health and family..” – DYAM Tunku Mahkota Johor

 

 

 

  
 
 

Be the first to comment

Leave a Reply